LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN BERSAMA TAEKWONDO PEACE CORPS (KOREA) DENGAN PASUKAN PULAU PINANG
Tarikh : 22 Februari 2016
(Isnin)
Masa : 7.30 malam hingga 10.00
malam
Tempat : Dewan Silat Majlis
Silat Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang
KEHADIRAN
1. Master Rajendran A/L Rajoo
(Timbalan Presiden Taekwondo Negeri Pulau Pinang)
2. Master Rajaderan A/L
Rengasamy (Technical Chairman Taekwondo Negeri Pulau Pinang)
3. Master Gunasegaran A/L
Manivelloo (JPM MSNPP)
4. Tiga orang Jurulatih
Taekwondo Peace Corps (Korea)
5. Mohamad Suhairi Bin Othman
(PPN)
6. Atlet : 58 Orang atlet
LATIHAN
1. Warm Up
2. Footwork training
3. Kicking training
4. Basic Taekwondo Training
5. Movement Training
6. Poomse Training
UJIAN
Ujian Kecergasan telah
dijalankan pada 16 Februari 2016 diselia oleh Pihak ISNPP.
PERTANDINGAN
Selesai menyertai Kejohanan 1 Leg
of the Sport Excel-NSC-MILO-TM National Junior and
Senior Taekwondo Championship 2016 pada 19 hingga 21 Februari 2016 di
Kangar, Perlis.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan bersama
Pasukan Taekwondo Peace Corps (Korea) dan Pasukan Taekwondo Pulau Pinang
melibatkan peserta seramai 58 orang. Latihan ini dikendalikan oleh tiga orang
jurulatih dari TPC (Korea).
2. Latihan ini melibatkan dua
disiplin taekwondo iaitu Poomsae dan Kyorugi.
3. Hadir sama pada sesi ini
adalah Master Rajendran A/L Rajoo Timbalan Presiden Taekwondo Negeri Pulau
Pinang.
4. PPN memaklumkan kepada
persatuan bahawa pihak MSNPP telah meluluskan tambahan pembelian peralatan
latihan iaitu “standing kicking target” yang telah dipohon oleh pihak
persatuan. Pembelian sedang diuruskan.
5. Persatuan akan menjalankan
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2016 pada 28 Februari 2016 (Ahad) bertempat di
Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Sekian, Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
0 comments:
Post a Comment