Friday, April 17, 2015

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 13 hingga 17 April 2015
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : SJK (C) Chao Nan, SJK (C) Shang Wu, SJK (C) Kong Min, SJK (C) Shing Kang.
Kehadiran : 8 Pegawai, 1 Jurulatih, 6 Orang pelajar praktikal

Program pencarian bakat baru (TID) sukan Akuatik Renang telah dijalankan pada 13 hingga 17 April 2015. Seramai 810 pelajar telah dari 4 buah sekolah telah menyertai program berkenaan. Program kali ini turut melibatkan Pegawai TID ISN dari Bukit Jalil serta dibantu pegawai dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang, Pegawai Pembangunan Sukan Majlis Sukan Daerah Timur Laut dan pihak USPTN Pulau Pinang. Program yang dijalankan bermula hari isnin bermula dari SJK (C) Chao Nan dan berakhir pada hari Khamis di SJK (C) Shing Kang. Sepanjang program berjalan atlet dikehendaki melakukan beberapa ujian antaranya Antropometrik, Sit & Reach, Standing Broad Jump ,Maximum Push Up dan ujian spesifik untuk renang iaitu “ MIDSTYLION & DALSTYLION“. Maklumat hasil ujian berkenaan akan dianalisis oleh pihak ISN dan setelah memperoleh keputusan atlet akan ditawarkan untuk mengikuti program melalui surat.

Sekian,terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved