LAPORAN HARI KEDUA KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015 FASA 2/2015
Tarikh : 4 April 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 9.00 malam
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown
Pada hari kedua kem Memanah
bermula pada jam 6.00 pagi dengan perbarisan, doa dan nyanyian lagu serta
senaman pagi. Selesai senaman pagi, semua jurulatih dan atlet bersarapan sebelum bergerak menaiki bas MSNPP ke
venue pada jam 7.30 pagi.
Sesi latihan pagi bermula dengan perjumpaan ringkas
jurulatih bersama atlet untuk memaklumkan perjalanan latihan pagi dan petang.
Selesai perjumpaan atlet diarah untuk membuat regangan secara berkumpulan. Pada
sesi sebelah pagi ‘Ujian Scoring’ bagi jarak 90 & 70 meter bagi 2 acara
(Recurve & Compound) dapat dijalankan. Sesi ujian tamat pada jam 12.00
tengahari dan atlet balik ke MSNPP untuk berehat serta makan tengahari.
Sesi latihan petang bermula jam 3.00 petang dengan sesi
regangan. Sebelum memulakan latihan, jurulatih telah membuat pemeriksaan
peralatan pada setiap atlet. Para peserta melakukan latihan free shooting mengikut teknik
masing-masing sambil jurulatih mambantu membetulkan kesilapan teknik panahan
atlet. Pada sesi ini atlet-atlet digalakkan berkomunikasi dan bertanya
jurulatih berhubung teknik panahan masing-masing sebelum bermula ujian scoring
untuk jarak 50 & 30 meter. Sesi latihan
tamat jam 6.00 petang dan atlet balik ke penginapan untuk berehat dan makan
malam.
Hanya perjumpaan bersama atlet dapat dijalankan pada malam
ini untuk memberi serta menilai tahap prestasi atlet untuk ujian hari ini.
Jurulatih juga berpesan agar ujian seterusnya perlu lebih fokus untuk menyampaikan
sasaran yang diminta. Jurulatih berharap agar atlet dapat menekankan elemen
displin, fokus, kreatif dan tidak mudah putus asa. Aktiviti berakhir pada jam
9.00 malam. Esok (5 April 2015) akan bersambung ujian scoring bagi jarak 50
& 30 meter.
Sekian, Terima Kasih
Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment