LAPORAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat MSN Pulau Pinang
Kejohanan Dalaman Sukan Angkat Berat
telah diadakan pada 25 April 2015 bertempat di Dewan Latihan Angkat Berat
Majlis Sukan Negeri, Pulau Pinang. Pada kali ini 5 Daerah telah mengambil
bahagian dengan penglibatan seramai 108 peserta berumur dari 7 tahun hingga 16
tahun. Kejohanan ini berlangsung dengan kerjasama dari Unit MSSD Majlis Sukan
Negeri Pulau Pinang.
Objektif kejohanan ini diadakan adalah
untuk mencari bakat-bakat baru terutama peserta dibawah umur 15 tahun. Ia juga
dapat menilai prestasi setiap peserta yang bertanding. Jurulatih dibawah
program juga telah mengenalpasti beberapa peserta untuk dibuat pemilihan
sebelum terpilih masuk di dalam program.
Kejohanan ini telah mendapat sokongan
daripada pelbagai semua pihak. Antaranya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit
Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, ibu
bapa, peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih
Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim
0 comments:
Post a Comment