LAPORAN HARI TERAKHIR KEM LATIHAN MEMANAH FASA 2/2015
Tarikh : 5 April 2015 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown
Hari terakhir kem bermula pada jam 7.00 pagi dengan semua
atlet bersarapan pagi sebelum bergerak dari MSNPP ke venue latihan tepat jam
7.30 pagi. Untuk hari ini merupakan kesinambungan bagi ujian
"scoring" pada jarak 50 & 30 meter. Ujian ini dijalankan pada
sesi sebelah pagi sahaja manakala sebelah petang hanya latihan free shooting.
Sebelum memulakan ujian, jurulatih telah memberi kata-kata perangsang dan
cabaran pada semua atlet agar membuat catatan skor yang terbaik mengikut apa
yang dipelajari sepanjang kem ini. Pemarkahan skor akan dilihat dan dinilai
setiap atlet sama ada keberkesanan yang diajar mencapai objektif atau
sebaliknya.Setelah selesai ujian, atlet diberi beberapa tips untuk
digunapakai semasa latihan mahupun kejohanan. Jurulatih juga ada memperingatkan
agar setiap atlet mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat.
Berikut dilampirkan keputusan skor secara keseluruhan
(All Fita) :-
Semoga setiap atlet tidak berputus asa untuk meningkatkan
prestasi dari masa ke semasa dan tahniah kepada semua yang hadir
kerana telah memberi komitmen. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kem tamat dengan
jayanya pada jam 6.00 petang.
Sekian,Terima Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi B. Md Salleh
1 comments:
http://stylezeitgeist.com/forums/member.php?u=19421
Post a Comment