Sunday, April 19, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SPARRING PLN SUKAN TINJU

Tarikh : 17 April 2015 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 Petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada 17 April 2015 satu sesi latihan sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju MSNPP Batu Uban. Sesi latihan ini melibatkan penyertaan seramai hampir 30 orang petinju-petinju dari Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang.

Tujuan utama latihan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada setiap atlet merasai situasi sebenar di gelanggang pertandingan. Selain itu, seramai 13 orang atlet pelapis negeri turut menyertai sesi latihan ini.

Latihan ini dikendalikan bersama oleh 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam. Jurulatih telah memberi latihan asas teknik tumbukan dan defending kepada atlet-atlet baru. Pada masa yang sama mereka juga didedahkan dengan situasi latihan sparring atlet-atlet yang lebih berpengalaman.

Semoga dengan latihan sparring ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada atlet-atlet untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh semasa sesi latihan. Pertandingan seterusnya selepas ini dijangka pada bulan Jun iaitu pada Kejohanan Tinju Pelapis Zon Utara Siri 2/2015 di Kedah.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved