Saturday, April 4, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH FASA 2/2015

Tarikh : 3 April 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kem sukan Memanah memasuki fasa 2 yang bermula pada 3 April sehingga 5 April 2015 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 30 atlet mengambil bahagian dengan pecahan 2 acara iaitu recurve & compound. 21 lelaki (16 Recurve & 5 Compound) & 9 wanita (5 Recurve & 4 Compound). Sebanyak 3 jurulatih terlibat dalam program ini dan pemilihan atlet ke kem ini adalah hasil perbincangan bersama PPN USPTN. Tujuan kem ini juga bagi mengumpul semua atlet di pusat latihan menjalani latihan bersama-sama.

Pihak Unit telah memilih Kompleks Silat sebagai penginapan atlet dan jurulatih yang terlibat. Bagi sesi latihan, jurulatih telah memilih SMK (P) St George, Georgetown sebagai pusat latihan sepanjang kem berlangsung. Sesi latihan akan dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu pagi dan petang. Pada hari ini pendaftaran atlet telah dibuka pada jam 3.00 petang sehingga 3.30 petang.

Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat bermula jam 3.30 petang sehingga 4.00 petang bagi memaklumkan perjalanan program sehingga penghujung kem ini berakhir. Sesi latihan pertama dijalankan pada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Tepat jam 8.30 malam, satu sesi tayangan video telah dapat diadakan.

Sesi malam tamat pada jam 10.00 malam dan akan bersambung program pada keesokkan hari bermula jam 6.00 pagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved