Thursday, February 26, 2015

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : SJK (C) Confucian A & B , SJK (C) Shang Wu
Kehadiran : 2 Pegawai, 1 Jurulatih

Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik telah dijalankan pada 26 Februari 2015. Seramai 150 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 1 wanita sahaja. Dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan gimnastik bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan.Seramai 40 orang peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada minggu hadapan untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program tamat pada jam 11.30 pagi. Program akan disambung lagi pada minggu hadapan dimana melibatkan beberapa buah sekolah lagi di dalam Pulau Pinang.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved