Monday, February 16, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015

Tarikh : 14 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Sek Keb Residensi Georgetown

Hari kedua kem latihan diteruskan seawal jam 7.00 pagi dengan semua jurulatih dan atlet bersarapan pagi sebelum bergerak menaiki bas MSNPP ke venue latihan (SK Residensi) pada jam 7.30 pagi.

Sesi latihan pagi bermula dengan perjumpaan ringkas jurulatih bersama atlet untuk memaklumkan perjalanan latihan pagi dan petang. Selesai perjumpaan atlet diarah untuk membuat regangan secara berkumpulan. Latihan pagi telah dipantau oleh jurulatih dengan menekankan kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul pada jarak shooting 10 meter. Sesi latihan tamat pada jam 12.30 tengahari dan atlet balik ke MSNPP untuk berehat serta makan tengahari. 

Sesi latihan petang bermula jam 2.30 petang di padang SK Residensi dengan latihan shooting jarak 30 meter. Sebelum memulakan latihan, jurulatih telah membuat pemeriksaan peralatan dan seterusnya sesi regangan ringan. Menurut jurulatih ada beberapa atlet yang berpotensi serta memberi peningkatan semasa latihan. Sesi latihan tamat jam 6.00 petang dan atlet dibawa balik ke penginapan untuk berehat dan makan malam.

Hanya perjumpaan bersama atlet dapat dijalankan pada malam ini untuk memberi tips-tips  semasa "ujian scoring" keesokkan hari. Atlet diberi pelepasan awal untuk balik berehat bagi persediaan esok. Sesi tamat pada jam 9.30 malam.

Sekian, Terima Kasih

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved