LAPORAN PEMANTAUAN HARI TERAKHIR KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015
Tarikh : 15
Februari 2015 (Ahad)
Masa : 7.00
pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Sek
Keb Residensi, Georgetown
Hari terakhir
kem bermula pada jam 7.00 pagi dengan semua atlet bersarapan pagi sebelum
bergerak dari MSNPP ke venue latihan tepat jam 7.30 pagi. Untuk sesi latihan
hari ini merupakan ujian "scoring" pada jarak 30 meter. Ujian ini
dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sebelum memulakan ujian,
jurulatih telah memberi kata-kata perangsang dan cabaran pada semua atlet agar
membuat catatan skor yang terbaik mengikut apa yang dipelajari sepanjang kem
ini. Pemarkahan skor akan dilihat dan dinilai setiap atlet sama ada
keberkesanan yang diajar mencapai objektif atau sebaliknya.
Setelah selesai
ujian, atlet diberi beberapa tips untuk digunapakai semasa latihan mahupun
kejohanan. Jurulatih juga ada memperingatkan agar setiap atlet mempunyai daya
ketahanan mental dan fizikal yang kuat.
Berikut
dilampirkan keputusan skor yang dijalankan hari ini :-
RECURVE LELAKI
1. Kar Hoe -
638
2. Khairul -
623
3. Ammar - 620
4. Kar Wei -
609
5. Edward - 600
6. Ying Sheng -
538
7. Hakimi
- 536
8. Faris -
510
9. Syaamil -
454
10. Abdillah
- 453
11. Iqbal
- 443
12. Haziq - 425
13. Bhin -
404
14. Alif -
330
RECURVE WANITA
1. Syarfa - 649
2. Audrey - 610
3. Priti - 610
4. Weng
Zhing - 607
5. Kayal - 598
6. Nurin
Sofea - 597
7. Rebecca -
577
8. Priya - 573
9. Divya - 402
COMPOUND LELAKI
1. Logathasan -
701
2. Syarfi - 670
3. Khambeswaran
- 669
COMPOUND WANITA
1. Hurrunain -
633
Semoga setiap
atlet tidak berputus asa untuk meningkatkan prestasi dari masa ke semasa
dan tahniah kepada semua yang hadir kerana telah memberi komitmen
dalam memajukan sukan yang diceburi. Ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kem tamat
dengan jayanya pada jam 6.00 petang.
Sekian,Terima
Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi
Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment