LAPORAN HARI PERTAMA KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015
Tarikh : 13
Februari 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00
petang hingga 10.00 malam
Tempat : Majlis
Sukan Negeri Pulau Pinang
Kem Latihan
Sukan Memanah 2015 yang bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan
memulakan kem bermula pada 13 Februari dan akan berakhir 15 Februari
2015. Seramai 22 orang (12 lelaki & 10 wanita), 4 jurulatih dan 2
pegawai akan terlibat sepanjang kem ini berlangsung.
Sepanjang 3
hari berkampung, jurulatih telah memilih Sekolah Kebangsaan Residensi,
Georgetown sebagai pusat latihan. Sesi latihan akan dijalankan sebanyak 2 sesi
iaitu pagi dan petang. Pada hari ini pendaftaran atlet telah dibuka pada jam
3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Sesi taklimat
daripada urusetia bermula jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang bagi
memaklumkan perjalanan program sehingga selesai kem ini. Pada sesi sebeleah
petang, sesi bersama jurualatih dapat dijalankan untuk sesi perkenalan bersama
atlet. Tepat jam 8.30 malam, sesi pengenalan sukan telah diadakan
bagi menekankan para atlet pada teknik latihan yang betul, peralatan serta
fokus sebelum,semasa dan selepas latihan.
Sesi malam
tamat pada jam 10.00 malam dan akan bersambung program pada keesokkan hari
bermula jam 7.00 pagi.
Sekian,Terima
Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi
Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment