LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK
Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : SJK (C) Confucian A & B , SJK (C) Shang Wu
Tempat : SJK (C) Confucian A & B , SJK (C) Shang Wu
Kehadiran : 2 Pegawai, 1
Jurulatih
Program pencarian
bakat baru (TID) sukan gimnastik telah dijalankan pada 26 Februari 2015.
Seramai 150 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan
murid-murid darjah 1 wanita sahaja. Dimulakan dengan penerangan program
sukan gimnastik. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan
karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat
Kebangsaan.
Setelah
taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan
memulakan penerangan latar belakang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi
pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi
seorang untuk menjadi atlet negeri.
Objektif TID dibuat
untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan gimnastik bagi menambahkan lagi
saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan.Seramai 40 orang peserta
dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada minggu hadapan untuk di
saring sebelum diserap terus ke
dalam program pelapis. Program tamat pada jam 11.30 pagi. Program
akan disambung lagi pada minggu hadapan dimana melibatkan beberapa buah sekolah
lagi di dalam Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin