Thursday, October 30, 2014

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN TAEKWANDO DAN BERBASIKAL

Tarikh : 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : SMK (P) Sri Mutiara, Pulau Pinang
Kehadiran : 2 Pegawai, 4 Jurulatih, 6 Atlet Berbasikal, 8 Atlet Taekwondo dan 155 orang pelajar.
Sukan Terlibat : Taekwondo & Berbasikal

Program pencarian bakat baru (TID) sukan berbasikal dan taekwando telah dijalankan pada 29 Oktober 2014. Seramai 155 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 hingga 2 sekolah berkenaan. Bagi sukan berbasikal, ia merupakan siri lanjutan program yang diadakan pada hari isnin yang lalu dan program kali ini tertumpu kepada pemilihan atlit wanita.

Program dimulakan dengan penerangan sukan berbasikal dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang. Pelajar-pelajar dimaklumkan mengenai program Pelapis Negeri dan bagaimana untuk memulakan kerjaya sebagai atlit pelapis negeri seterunya ke peringkat lebih tinggi. Setelah itu, atlit dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mengikuti sesi penerangan secara berasingan mengikut sukan masing-masing.

Didalam sesi taklimat mengikut sukan, jurulatih menerangkan secara ringkas keperluan-keperluan yang penting mengikut sukan masing-masing. Diikuti dengan sesi demonstrasi dan sesi uji cuba bagi pelajar-pelajar yang baru. Sesi pemilihan dikendalikan oleh jurulatih sukan masing-masing mengikut kriteria yang sesuai bagi sukan berkenaan.

Seramai 15 orang pelajar wanita (Sukan Berbasikal) dan 12 orang wanita (Sukan Taekwondo) yang telah disenarai pendek untuk mengikuti ujian seterusnya yang akan diadakan di MSN Pulau Pinang dan PLN Taekownod secara berperingkat. Nama yang terpilih akan diserap terus kedalam program dan akan memulakan latihan sekitar Disember 2014. Bagi sukan taekwando pula, nama-nama yang terpilih akan dipanggil terus ke pusat latihan tekwando yang berada di Pusat Latihan Desa Mawar, Air Itam bagi mengikuti sesi latihan bersama atlit yang sedia ada. Program tamat pada jam 2.00 petang.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved