Monday, October 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN

Tarikh : 26 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 1.00 – 3.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. En Ismail Bin Abd.Ghani - Jurulatih
2. En Hakimi  - Jurulatih 
3.Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Pelayaran
4. Atlet Pelapis - 9 orang

LATIHAN
1. Taking dan Gybing
2. Mini Game

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan,atlit terpaksa menunggu giliran untuk berlatih.
2. Keadaan peralatan yang kurang baik sedikit menganggu kelancaran sesi latihan seperti ada beberapa layar sudah koyak dan kebocoran pada bot.

PROGRAM BINAAN
1. Satu program khas akan dijalankan dimana melibatkan 3 pusat latihan perahu layar seluruh Pulau Pinang pada cuti sekolah nanti. Objektif program adalah mengumpulkan kesemua pelayar Pulau Pinang bagi mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirangka khas khusus bagi pelayar-pelayar baru. Program dijangka berlansung selama 5 hari di PKSA dengan kerjasama Persatuan dan MSN Pulau Pinang.

ULASAN
1. Seorang Pelayar Pulau Pinang iaitu Israr Hazim telah melapor diri di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi Kedah berikutan telah terpilih ke program pelapis Kebangsaan.
2. Kehadiran memuaskan berikutan kebanyakan pelayar telah bebas dari minggu peperiksaan. Diminta untuk fokus kepada sesi latihan.
3.Kejohanan terdekat yang bakal disertai adalah Regatta Terengganu yang dijadual berlangsung pada hujung November 2014. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved