Sunday, October 19, 2014

BENGKEL JURULATIH PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN (PPS) 2014

 Tarikh : 19 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Hotel Pearl International, Kuala Lumpur

Hari ini bermula Bengkel kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober 2014 di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur. Bengkel kali ini mengumpulkan jurulatih-jurulatih seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang melibatkan 4 sukan iaitu Olahraga, Berbasikal, Memanah dan Angkat Berat.

Pihak USPTN Pulau Pinang telah menghantar seramai 4 orang jurulatih PPS yang melibatkan 2 sukan iaitu memanah dan olahraga. Jurulatih tersebut adalah :-

Sukan Memanah

1. Cik Aimi Amalina Bt Azizan
2. Cik Azlina Bt Muhammad Noor
3. En. Mohd Azrul B. Mohamad Adzmi

Sukan Olahraga
1. En. Mohd Hamdi B. Mohd Yusof

Hari pertama hari ini bermula dengan sesi pendaftaran mengikut pecahan sukan yang dikelola oleh urusetia. Sesi petang bermula jam 3.00 petang dengan sesi Taklimat Hala Tuju Program oleh Ketua Unit Pelapis Negeri En.Rashid Ramli dan seterusnya Ucaptama dari Pengarah Cawangan Pelapis En. Jefri Bin Ngadirin. Sesi taklimat berkenaan jadual program telah disampaikan oleh Pengurus Sukan En. Giam Fook Pang.

Pada sesi malam, setiap jurulatih telah dipecah mengikut sukan yang akan dikelola oleh ketua jurulatih yang dilantik. Penerangan sesi malam mengenai pengalaman dan menerangkan asas-asas latihan mengikut sukan. Ketua-ketua jurulatih yang terlibat adalah seperti berikut :-

1. Olahraga
- En. Manshahar B. Abd Jalil - Elit
- En. Trappadi a/l Alagari - Elit
2. Memanah
- En. Marbawi B. Sulaiman - Elit
- En. Norizam B. Ishak - Elit
3. Berbasikal
- En. Suod B. Hussain - Pelapis Kebangsaan
4. Angkat Berat
- En. Nordin B. Jusoh - Pelapis Serantau
- En. Mohd Nor B. Osman - JSM Kedah

Sesi bengkel tamat jam 10.00 malam akan akan bersambung pada jam 8.00 pagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved