Friday, October 3, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL DI PLN SUKAN MEMANAH

Tempat : SMK (P) St. George, Georgetown, Pulau Pinang
Tarikh : 2 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 3:30 petang - 5:30 petang

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Bt. Senawi - Pegawai Suaian Fizikal ISNPP
2. Cik Shamani A/P Ganesan - Jurulatih
3. En. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
4. 12 Orang atlet

LATIHAN
1. Pemeriksaan & setting peralatan oleh jurulatih

UJIAN
Ujian kecergasan pada kali ini menumpukan kepada  ujian:
1. Bleep test
2. Agility test
3. Handgrip test
4. BMI Test
5. Flexibility test

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 pada 22 hingga 26 September 2014 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
1. Telah menerima peralatan memanah dari Cawangan Pelapis semasa di Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Siri 2/2014.

PROGRAM BINAAN
1. Program TID bagi sukan memanah akan diadakan pada 11 Oktober 2014 di SK Jalan Residensi, Georgetown, Pulau Pinang.

ULASAN
1. Ujian pada kali ini diadakan bagi menilai perkembangan kecergasan atlet berpandukan rekod ujian kecergasan yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. 
2. Melihat secara kasar keputusan ujian kecergasan ini di akhir sesi menunjukkan beberapa atlet telah meningkatkan scoring kecergasan terutamanya ujian bleep test. Terdapat juga atlet yang masih kekal pada tahap kecergasan yang sama dan tidak berubah.
3. Program TID yang asalnya akan diadakan pada 4 Oktober 2014 ditangguhkan pada 11 Oktober 2014 di SK Jalan Residensi.
4. Jurulatih mengucapkan terima kasih kepada Cawangan Pelapis atas pembekalan peralatan memanah untuk latihan kepada PLN.
5. Atlet-atlet memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang ujian kecergasan ini diadakan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved