Thursday, October 30, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 5.00 petang hingga 7.15 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. En. Jamil Bin Hashim - JSM
2. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
3. Atlet - 7 lelaki & 1 wanita

LATIHAN

1. Back Squat - 3 x 6 set
2. Power Clean - 3 x 6 set
3. Teknik Snatch - 3 x 6 set
4. Push Up - 15 x 2 kali

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Pasukan Angkat Berat Pelapis Pulau Pinang melakukan persiapan sebelum ke Kejohanan Pelapis Peringkat Akhir pada 12 hingga 17 November 2014 di Kuantan, Pahang. Seramai 16 atlet akan terlibat pada kejohanan tersebut.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. 1 bar wanita & 2 bar lelaki patah
2. Mohon penambahan set weightlifting lelaki dan wanita.

PROGRAM BINAAN

1. Akan menjalani Latihan Tindik Bersama Pelapis Kedah pada 31 Oktober hingga 2 November 2014 di SMK Tunku Anum, Alor Setar.

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
2. PPN memaklumkan bahawa 3 orang atlet dibawah kendalian JSM Jamil telah terpilih untuk ke Kejohanan Pelapis Peringkat Akhir 2014 di Kuantan, Pahang. 3. Jurulatih memohon penambahan peralatan 1 set weighlifting lelaki dan wanita.
4. Peralatan yang diterima dari pihak MSN iaitu Jerk Block mengalami keretakan pada tapak bawah.
5. PPN menekankan aspek kebersihan dewan yang agak tidak terurus dan memohon jurulatih memantau supaya atlet dapat mengemas selepas sesi latihan dibuat.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN TAEKWANDO DAN BERBASIKAL

Tarikh : 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : SMK (P) Sri Mutiara, Pulau Pinang
Kehadiran : 2 Pegawai, 4 Jurulatih, 6 Atlet Berbasikal, 8 Atlet Taekwondo dan 155 orang pelajar.
Sukan Terlibat : Taekwondo & Berbasikal

Program pencarian bakat baru (TID) sukan berbasikal dan taekwando telah dijalankan pada 29 Oktober 2014. Seramai 155 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 hingga 2 sekolah berkenaan. Bagi sukan berbasikal, ia merupakan siri lanjutan program yang diadakan pada hari isnin yang lalu dan program kali ini tertumpu kepada pemilihan atlit wanita.

Program dimulakan dengan penerangan sukan berbasikal dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang. Pelajar-pelajar dimaklumkan mengenai program Pelapis Negeri dan bagaimana untuk memulakan kerjaya sebagai atlit pelapis negeri seterunya ke peringkat lebih tinggi. Setelah itu, atlit dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mengikuti sesi penerangan secara berasingan mengikut sukan masing-masing.

Didalam sesi taklimat mengikut sukan, jurulatih menerangkan secara ringkas keperluan-keperluan yang penting mengikut sukan masing-masing. Diikuti dengan sesi demonstrasi dan sesi uji cuba bagi pelajar-pelajar yang baru. Sesi pemilihan dikendalikan oleh jurulatih sukan masing-masing mengikut kriteria yang sesuai bagi sukan berkenaan.

Seramai 15 orang pelajar wanita (Sukan Berbasikal) dan 12 orang wanita (Sukan Taekwondo) yang telah disenarai pendek untuk mengikuti ujian seterusnya yang akan diadakan di MSN Pulau Pinang dan PLN Taekownod secara berperingkat. Nama yang terpilih akan diserap terus kedalam program dan akan memulakan latihan sekitar Disember 2014. Bagi sukan taekwando pula, nama-nama yang terpilih akan dipanggil terus ke pusat latihan tekwando yang berada di Pusat Latihan Desa Mawar, Air Itam bagi mengikuti sesi latihan bersama atlit yang sedia ada. Program tamat pada jam 2.00 petang.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Wednesday, October 29, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENIS

Tarikh : 28 Oktober 2014 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat :  Gelanggang Tenis Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Francis Su Kok Eng - JSM
2. 9 Orang atlet Pelapis

LATIHAN
1. On Court Drills
2. Serve training
3. Match play

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. MILO/LTAM National Junior Championships 2014 pada 1 hingga 5 November 2014 di Kompleks Tenis Tun Razak (KTTR), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

PERALATAN
1. Hak milik persendirian atlet.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih meminta kepada SDO supaya memohon menggunakan bajet permohonan penyertaan untuk Kejohanan MILO/LTAM National Junior Championships 2014 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 5 November 2014. 
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Bil. 2/2014 Sukan Tenis bagi Program Pelapis akan dijalankan pada 29 November 2014/Rabu di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
3. Persatuan Lawn Tenis Pulau Pinang (PLTA) akan Kejohanan 31st Penang Open International Junior's Age Group Tennis Championships 2014 dari 25 hingga 29 November 2014 di Gelanggang Tenis Penang Sports Club (PSC), Chinese Recreation Club (CRC), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN SEPAK TAKRAW

Tempat : SMK Mutiara Impian
Tarikh : 28 Oktober 2014
Masa : 8.30 am - 11.00 am

KEHADIRAN
1. En Cheah Boon Chong – ISNPP
2. Pn. Loo Lean Hiong - ISNPP
3. Pn. Mariani Binti Sanawi - ISNPP
4. En. Azizi B. Shafie - ISNPP
5. En Rahimi B. Azizan - JSM USPTNPP
6. En. Baharuddin B. A.Rahim - JSM USPTNPP
7. En. Syed Roslan B. Syed Khalid - GURU SMK Mutiara Impian

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan adalah untuk menilai tahap kecergasan atlet-atlet Pelapis Pulau Pinang. Ujian ini melibatkan semua atlet Pelapis Sepak Takraw dan ujian ini akan dijalankan 2 kali pada setiap bulan. Ujian ini juga dapat menilai tahap kecergasan setiap atlet dan menjadi pengukur untuk menyertai setiap kejohanan.

PENYERTAAN
1. 29 Atlet
2. Kesemua atlet yang terlibat merupakan atlet di bawah program Pelapis Negeri.

UJIAN KECERGASAN

1. Antropometric Measures
   -Height - Standing
              - Sitting Height 

2. Power
   - Standing Broad Jump 
   - Vertical Jump

3. Speed
   - Standing Start 10m Sprint 

4. Aerobic apacity
   - Yo-yo Endurance

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1. Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. 
2. Ujian pada kali ini merupakan medan bagi menguji kecergasan fizikal atlet-atlet yang bakal menghadapi kejohanan dari masa ke semasa.
3. Hasil dari ujian tersebut terdapat beberapa atlit perlu menjalani latihan kecergasan dengan lebih kerap.
4. Keputusan ujian kecergasan ini akan diemail oleh pihak ISNPP kepada pihak USPTNPP dalam masa 1 minggu selepas ujian dijalankan.
5. Atlet-atlet yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi ujian dijalankan. 
6. Tahniah kepada atlet yang dapat menghadiri ujian pada hari ini.

Sekian Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 27 Oktober 2014 (Isnin)
Masa : 7.00 petang hingga 9.30 malam
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Master Maniam Krishnan - JSM
2. G.Krishnavani – JSM Negeri
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 6 lelaki & 2 wanita.

LATIHAN
1. Streching.
2. Sparring Technique.
3. Power Kick (Turning & Back Kick)
4. Cooling down.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Masih menunggu kelulusan ID untuk ke Kejohanan 4th TM(WTF) National Interclub Championships pada 26 November hingga 1 Disember 2014 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Kebanyakan peralatan adalah hak milik kelab persendirian. Namun jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti Punching Bag, single & double kicking target dan lain-lain yang diperlukan.

PROGRAM BINAAN
1. Akan mengadakan Pencarian Bakat Baru (TID) pada 29 Oktober 2014 di SMK (P) Sri Mutiara, Georgetown.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan atas sebab atlet menduduki peperiksaan.
3. PPN ada membincangkan bersama jurulatih untuk menilai semula atlet-atlet yang berada di dalam program bagi tahun 2015. Ini berikutan ada sesetengah atlet yang sudah menlanjutkan pelajaran di peringkat IPT.
4. Di akhir pemantauan, PPN mengucapkan ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah mendapat pingat pada Kejohanan Penang Closed Taekwondo Championships pada 18 Oktober 2014.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, October 27, 2014

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 27 Oktober 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : SMK Methodist Lelaki , Georgetown Pulau Pinang
 Kehadiran : 2 Pegawai, 2 Jurulatih, 2 Atlet Berbasikal Peserta (150 Orang)

Program pencarian bakat baru (TID) sukan berbasikal telah dijalankan pada 27 Oktober 2014. Seramai 150 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sekolah berkenaan. Program diadakan sebanyak 2 sesi bagi pelajar pagi dan petang.Dimulakan dengan penerangan sukan berbasikal dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan berbasikal.Taklimat merangkumi pencapaian atlit,jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri. Setelah selesai sesi taklimat, 2 orang pelumba yang dibawa khas melakukan demonstrasi teknik-teknik asas dalam sukan berbasikal.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan.Seramai 22 peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program tamat pada jam 2 petang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN

Tarikh : 26 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 1.00 – 3.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. En Ismail Bin Abd.Ghani - Jurulatih
2. En Hakimi  - Jurulatih 
3.Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Pelayaran
4. Atlet Pelapis - 9 orang

LATIHAN
1. Taking dan Gybing
2. Mini Game

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan,atlit terpaksa menunggu giliran untuk berlatih.
2. Keadaan peralatan yang kurang baik sedikit menganggu kelancaran sesi latihan seperti ada beberapa layar sudah koyak dan kebocoran pada bot.

PROGRAM BINAAN
1. Satu program khas akan dijalankan dimana melibatkan 3 pusat latihan perahu layar seluruh Pulau Pinang pada cuti sekolah nanti. Objektif program adalah mengumpulkan kesemua pelayar Pulau Pinang bagi mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirangka khas khusus bagi pelayar-pelayar baru. Program dijangka berlansung selama 5 hari di PKSA dengan kerjasama Persatuan dan MSN Pulau Pinang.

ULASAN
1. Seorang Pelayar Pulau Pinang iaitu Israr Hazim telah melapor diri di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi Kedah berikutan telah terpilih ke program pelapis Kebangsaan.
2. Kehadiran memuaskan berikutan kebanyakan pelayar telah bebas dari minggu peperiksaan. Diminta untuk fokus kepada sesi latihan.
3.Kejohanan terdekat yang bakal disertai adalah Regatta Terengganu yang dijadual berlangsung pada hujung November 2014. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Sunday, October 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TINDIK BERSAMA PELAPIS PERLIS

Tarikh : 25 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 7.30 petang
Tempat : Perlis Bowl, Kayangan Square, Perlis

Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTNPP) bersama USPTN Perlis telah mengambil inisiatif perkukuhkan jalinan serumpun antara atlet dengan mengadakan latihan bersama disamping mengadakan perlawanan persahabatan. Objektif latihan ini diadakan bertujuan menjadi saluran beriadah dan membina semangat sepasukan antara atlet 2 negeri. Ia juga menilai prestasi setiap atlet dari masa ke semasa.

Pada kali ini, sesi latihan bersama telah dapat diadakan pada sebelah pagi selama 3 jam dimana setiap jurulatih memberi tunjuk ajar dari segi teknik balingan, imbangan badan dan sebagainya. Pada sebelah petang jurulatih bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Setiap atlet akan diundi secara rawak untuk mendapatkan 1 kumpulan (3 orang). Setiap kumpulan akan bermain sebanyak 5 games untuk menentukan jatuhan pin kumpulan terbanyak dan dikira sebagai pemenang.

Berikut disertakan keputusan pemenang pada hari ini : -

Johan - Kumpulan Perlis 2 (2464 jatuhan pin)
Naib Johan - Kumpulan Pulau Pinang 2 (2429 jatuhan pin)
Ketiga - Kumpulan Pulau Pinang 3 (2402 jatuhan pin)
Keempat - Kumpulan Perlis 1 (2381 jatuhan pin)
Kelima - Kumpulan Pulau Pinang 1 (2281 jatuhan pin)

Sesi latihan selesai dengan jayanya pada jam 7.00 petang. Sesi latihan kali kedua akan diadakan sekali lagi dimana Pasukan Perlis akan bertandang ke Pulau Pinang pada 29 November 2014 (Sabtu). Semoga latihan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Saturday, October 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 24 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang  hingga 6.30 petang
Tempat : Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kehadiran
1. Shukor Bin Darus (Jurulatih Majlis Sukan Negeri)
2. Pn Mariani Binti Sanawi (Pegawai ISN)
3. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin (PPN Sukan Berbasikal)
4. Atlet Pelapis 7 Lelaki, 1 Wanita

Latihan
1. Bench Squat + Bench Jump
2. Walking Lunges
3. Bench Press + push up
4. Pull Up
5. Hamstring + sprint
6. Calf Raise
7. Seated back Row
8. Back Extension

Ujian
1.Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1.Tiada

Peralatan
1.   Bilangan tiub semakin berkurangan dan meminta pihak persatuan untuk memohon kepada Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
2. Kekurangan basikal untuk atlit baru telah dapat diatasi dengan bantuan pihak persatuan dengan menyediakan beberapa buah basikal untuk menjalani sesi latihan

Program Binaan
1. Program Pencarian bakat (TID) akan dijalankan pada 27 Oktober 2014 (Isnin) di SMK Methodist Lelaki Pulau Pinang.

Ulasan Ringkas
1. Sesi Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan.
2. Seorang pelumba Pulau Pinang telah terpilih mengikuti Kem Bakat Sukan Berbasikal yang diadakan di Perlis pada 18 hingga 25 Oktober 2014.
3.Program pencarian bakat akan dijalankan di SMK Methodist Lelaki Pulau Pinang pada 27 Oktober 2014 (Isnin).

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved