LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL
Tarikh : 20 Oktober 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 Tengahari.
Tempat : Stadium Batu Kawan Pulau
Pinang
Kehadiran
1. Shukor Bin Darus (Majlis Sukan
Negeri)
2. Encik Munir Ismail (Setiausaha Persatuan
Berbasikal Pulau Pinang)
3. Encik Ibrahim (Presiden Berbasikal
Pulau Pinang)
4. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin
(PPN Sukan Berbasikal)
5. Atlet Pelapis (11 Orang lelaki)
Latihan
1. Latihan Simulasi untuk acara Trek.
Ujian
1. Ujian masa untuk 200m pecut bagi
lelaki dan wanita.
Pertandingan
1. Pada 23 hingga 27 Oktober 2013,
Kejohanan Berbasikal Trek siri 2/2013 akan dijalankan di Valedrome Cheras &
Pasukan Pulau Pinang akan menghantar wakil untuk menyertai kejohanan tersebut.
Kecederaan
1. Seorang pelumba lelaki mengalami
kecederaan sewaktu latihan & telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut. Pihak Hospital melakukan X-Ray dan mengesahkan tiada kecederaan serius
yang dialami pelumba tersebut.
Peralatan
1. Rim basikal mengalami kerosakan
berikutan kemalangan yang berlaku sewaktu latihan tadi.
2. Permohonan basikal untuk kegunaan
acara Trek Velodrome,Jersey pasukan dan peralatan membaiki basikal telah dibuat
melalui Persatuan Berbasikal Pulau Pinang kepada Majlis Sukan Negeri.
Program Binaan
1. Selepas Kejohanan akan dijalankan satu
sesi ceramah pemakanan bersama Pihak ISN satelit Pulau Pinang.
Ulasan Ringkas
1. Setelah berbincang dengan pihak
Persatuan dan Majlis Sukan Negeri,Stadium Batu Kawan akan dijadikan sebahagian
tempat latihan untuk acara trek memandangkan kos untuk membawa atlet menjalani
latihan di Valedrome Cheras agak tinggi.
2. Setakat ini, sudah 3 kali pelumba
menjalani latihan di Stadium Batu Kawan dan ia sedikit sebanyak membantu para
pelumba baru untuk memahami cara perlumbaan di Velodrome nanti.
3. Beberapa ujian masa sudah diajalankan
dan pelumba menunjukkan respon yang agak baik dalam catatan masa.
4. Kehadiran atlet memuaskan cuma ada
sebahagian mereka hadir ke kelas tuisyen & terlibat dengan persediaan untuk
SPM.
5. Ujian Spesifik akan dijalankan dalam
masa terdekat selepas semua pelumba bebas dari sebarang peperiksaan di sekolah.
Sekian, Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment