Friday, October 18, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN PUTRAJAYA 2013

Tarikh : 18 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengahari - 6.00 petang
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Putrajaya 2013 membuka tirai secara rasmi dimana penyertaan seramai 231 atlet yang melibatkan kategori bawah 13 tahun, 16 tahun dan 20 tahun. Kejohanan ini dijalankan selama 4 hari bermula dari 17 hingga 20 Oktober 2013.

Hari ini sebanyak 12 kategori dipertandingkan iaitu 5 kategori lelaki bawah 16 tahun (kat 50kg, 56kg, 62kg, 69kg dan 77kg) manakala 7 kategori wanita bawah 16 tahun (kat 44kg, 48kg, 53kg, 58kg, 63kg, 69kg dan +69kg).

Secara keseluruhan atlet Pulau Pinang hanya menghantar atlet seramai 8 orang bagi kategori wanita bawah 16 tahun dan lelaki & wanita bawah 13 tahun. Pada hari ini hanya 1 kategori yang melibatkan atlet Pulau Pinang iaitu kategori wanita bawah 16 tahun (48 kg). Pertandingan bagi kategori tersebut dimulakan dengan sesi timbang berat jam 1.00 petang sebelum pertandingan bermula jam 3.00 petang.

Berikut keputusan penuh kejohanan yang melibatkan atlet Pulau Pinang pada hari ini :-

Kat 48kg wanita U16 tahun
Snatch
1. Nurnisha Izureen (KDH) - 48kg
2. Rovitha Godoo (SBH) - 45kg
3. Syafina Sofea (PHG) - 43kg
4. Loggeswary a/l Muniandy (PNG) - 42kg

Clean & Jerk
1. Loggeswary a/l Muniandy (PNG) - 60kg
2. Rovitha Godoo (SBH) - 56kg
3. Nurnisha Izureen (KDH) - 55kg

Hari kedua akan bersambung esok (19 Oktober 2013) dengan kategori lelaki & wanita bawah 13 tahun. Berikut jadual penuh pada keesokkan hari yang melibatkan atlet Pulau Pinang.

19 Oktober 2013 (Sabtu)

Bawah U13 tahun
Kat 45 kg A (L) - 11.00 am
Kat 45 kg B (L) - 1.00 pm
Kat 50 kg (L) - 3.00 pm
Kat 56 kg (L) - 5.00 pm
Kat +56 kg (L) - 7.00 pm
Kat 40 kg, 45 kg, 48 kg, +48 kg (W) - 9.00 pm.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved