Saturday, October 26, 2013

KEJOHANAN PENANG INTER SCHOOL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP (TM/WTF) 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kejohanan Penang Inter School Taekwondo Championship 2013 telah diadakan pada hari ini (26 Oktober 2013) bertempat di Dewan Badminton Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Seramai 250 peserta berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun telah mengambil bahagian yang terdiri daripada wakil setiap kelab yang bertanding. Pada kali ini sebanyak 6 kelab yang berdaftar telah mengambil bahagian dan antara kelab adalah Kelab Bravo, Kelab A & Z, Kelab Ultimate, Kelab Seberang Perai Tengah, Kelab Sport Tkd Dojang dan Kelab Seri Mutiara.

Kejohanan ini bermula pada sesi pagi dengan kategori boys & girls 7 - 8 tahun dan kategori boys & girls 9 - 12 tahun. Kejohanan ini dihenti sementara untuk memberi laluan kepada majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut Encik Vijayan Kumar Nambiar. Turut hadir juga pada majlis ini Encik Hamidi Bin Lokman Pemangku Ketua Unit USPTN. Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan upacara penyerahan hadiah untuk kategori pada sebelah pagi. Pada sebelah petang pula akan diadakan bagi kategori boys & girls 13 - 18 tahun.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru terutama peserta dibawah umur 15 tahun. Ia juga dapat menilai prestasi setiap peserta yang bertanding. Jurulatih dibawah program juga telah mengenalpasti beberapa peserta untuk dibuat pemilihan sebelum terpilih masuk di dalam program.

Kejohanan ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai semua pihak. Antaranya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, ibu bapa, peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved