Sunday, October 20, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN PUTRAJAYA 2013

Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 pagi.
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Kejohanan Angkat Berat telah memasuki hari kedua dengan acara yang dipertandingkan adalah kategori lelaki bawah 16 tahun (85 kg, 94 kg, +94 kg) pada jam 9.00 pagi. Tepat jam 11.00 pagi bermula kategori lelaki bawah 13 tahun (45 kg, 50 kg, 56 kg, +56 kg) manakala kategori wanita 13 tahun (40 kg, 45 kg, 48 kg, +48 kg)

Penyertaan bagi kategori bawah 13 tahun amat memberangsangkan daripada setiap negeri/kelab yang bertanding. Penyertaan sebegini dapat menilai prestasi atlet di peringkat umur serta pendedahan kejohanan.

Berikut keputusan penuh kejohanan pagi ini yang melibatkan atlet Pulau Pinang :-

Kategori 45 kg (B) lelaki U13
Snatch

1. Muhammad Zaki Ahmad Romzi (KDH) - 50 kg
2. Nur Hanis Abu Bakar (KDH) - 44 kg
3. Mohd Rohieyam (PHG) - 43 kg
8. Suria Sivapragasam (PNG) - 27 kg
10. Kiran Sivapragasam (PNG) - 24 kg
15. Kevin Thomas (PNG) - 18 kg
18. Thiagesh Ragonath (PNG) - 12 kg

Clean & Jerk
1. Muhammad Zaki Ahmad Romzi (KDH) - 60 kg
2. Nur Hanis Abu Bakar (KDH) - 51 kg
3. Mohd Rohieyam (PHG) - 51 kg
10. Suria Sivapragasam (PNG) - 33 kg
11. Kiran Sivapragasam (PNG) - 29 kg
13. Kevin Thomas (PNG) - 29 kg
16. Thiagesh Rogonath (PNG) - 20 kg

Bagi kategori wanita bawah 13 tahun (40kg, 45 kg, 48 kg, +48 kg) akan dijalankan pada jam 9.00 malam dengan sesi timbang berat jam 7.00 petang.

Berikut keputusan penuh atlet Pulau Pinang bagi kategori sebelah malam :-

Kategori 40 kg wanita U13
Snatch

1. Nur Izzati Sahirah (KLTN) - 28 kg
2. Logasree Thanabalasingam (PNG) - 24 kg
3. Che Rabiatul (Putrajaya) - 24 kg
6. Thurgasree Thanabalasingam (PNG) - 12 kg

Clean & Jerk
1. Logasree Thanabalasingam (PNG) - 36kg
2. Nur Izzati Sahirah (KLTN) - 36 kg
3. Che Rabiatul (Putrajaya) - 33 kg
7. Thurgasree Thanabalasingam (PNG) - 15 kg

Secara keseluruhan skuad Pulau Pinang berjaya mengutip 2 emas 1 perak bagi kategori wanita bawah 16 tahun (48 kg) dan wanita 13 tahun (40 kg). Pihak Unit mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dan yang tewas jangan berputus asa.

Sekian,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved