UJIAN KECERGASAN 2 SKUAD LATIHAN MEMANAH PULAU PINANG DAN MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA/WARIS, PERSATUAN MEMANAH PULAU PINANG DAN MSN.
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
(MSNPP)
Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa : 4:30 petang - 7:30 petang
Kehadiran : 2 orang Pegawai ISNPP, 2 orang
Pegawai MSNPP, PPN USPTN, 3 Orang Jurulatih.
Objektif
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai
kecergasan atlet-atlet skuad memanah Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan
Malaysia (SUKMA) Perlis 2014. Ia melibatkan 3 fasa ujian kecergasan bermula
pada bulan September 2013 sehinggalah fasa ketiga yang dijangka berakhir pada
tahun hadapan melibatkan semua sukan yang menyertai Temasya SUKMA,Perlis 2014.
Penyertaan
Seramai 28 orang atlet dalam skuad latihan
memanah SUKMA negeri Pulau Pinang. 14 Orang atlet bagi acara recurve dan 14
Orang atlet acara compound telah menjalani ujian kecergasan kali ke 2 ini.
Ujian telah dikendalikan oleh pihak Pusat Satellite Institut Sukan Negara
Pulau Pinang (ISNPP) diketuai En. Cheah Boon Cheong.
Ujian yang dijalankan adalah sama seperti
ujian yang pertama diadakan iaitu:
1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test
Kecederaan
Ujian ini berjalan lancar dan tiada
sebarang kecederaan serious dialami oleh setiap peserta.
Di samping itu, pada masa yang sama di
Bilik Cemerlang MSNPP telah berlangsung sesi Dialog antara pihak
ibubapa/waris, Persatuan Memanah Pulau Pinang dan MSN. Majlis ini telah di
pengerusikan oleh Pemangku Ketua Unit USPTNPP, En. Hamidi Bin Lokman.
Majlis ini dihadiri oleh Ibubapa/waris, 4
orang wakil persatuan, 3 orang jurulatih, PPN USPTN sukan memanah dan seorang
wakil MSNPP. Sesi dialog ini berjalan lancar dan membincangkan isu-isu semasa
bagi sukan memanah negeri Pulau Pinang. Antara masalah yang di bincangkan
adalah status Persatuan Memanah Negeri, pertembungan antara pelajaran dan
pertandingan, isu-isu kewangan, masa latihan atlet dan isu-isu lain.
Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi
penjelasan dan penerangan lebih lanjut terutama kepada pihak ibu bapa waris
berkaitan masa depan dan hala tuju atlet-atlet untuk sukan memanah.
Sekian Terima kasih
Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
0 comments:
Post a Comment