Sunday, September 15, 2013

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL TERBUKA PERLIS 2013

Tempat : Kangar Perlis
Tarikh : 13 hingga 15 September 2013.
Masa : 9.00 am - 6.00 pm.

Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis 2013 telah diadakan pada 13 - 15 September 2013. Kejohanan terbahagi kepada kategori Lelaki Junior (18 tahun dan ke bawah),Lelaki Elit (19 tahun dan ke atas) dan Terbuka Wanita. Pasukan Pulau Pinang telah menghantar seramai 8 pelumba untuk acara Lelaki Junior. Kejohanan bermula pada hari Jumaat dan untuk hari pertama kejohanan, acara lebuhraya sejauh 93.8 KM telah diadakan dimana melibatkan pelumba seramai 100 orang pelumba. Keputusan pada hari pertama kejohanan hanya 3 orang pelumba Pulau Pinang berjaya menamatkan perlumbaan dimana tempat terbaik diperoleh oleh Mohammad Danish Al Farouq (tempat ke 64),Mohd Elias Razali  (tempat ke  67) dan Mohd Tasnim Safwan (tempat ke 77) daripada 100 pelumba. Lain-lain pelumba tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat masalah teknikal pada basikal masing-masing.

Hari ke-2 Kejohanan diteruskan dengan acara lebuhraya yang melibatkan jarak 98 km. Pelumba yang bermula hari ini seramai 104 orang. Acara dimulakan pada pukul 3.00 petang dan berakhir kira-kira 6.00 petang. Pulau Pinang menghantar 8 pelumba yang sama seperti sebelumnya dan untuk acara ini hanya 2 pelumba Berjaya menamatkan perlumbaan iaitu Mohammad Danish Al Farouq (tempat ke 55) dan Mohd Tasnim Safwan (tempat ke  61). Berlaku sedikit peningkatan dari segi ranking keputusan dari hari sebelumnya. Lain-lain pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan berikutan masalah teknikal dan kemalangan kecil sewaktu perlumbaan.

Hari terakhir Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis 2013 diteruskan dengan acara Kriterium sejauh 39.6 km (12 lap@4 Sprint). Kali ini Pulau Pinang hanya menghantar 6 pelumba berikutan lain-lain pelumba mengalami kecederaan. Keputusan perlumbaan menyaksikan semua pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan berikutan masalah teknikal.

Rumusan untuk kejohanan kali ini, kebanyakan pelumba masih kurang dari segi pengalaman dan rata-rata antara mereka hanya seorang berumur 17 tahun dan yang lain berumur 14-15 tahun. Selain itu tahap kecergasan turut mempengaruhi keputusan perlumbaan. Antara faktor-faktor lain yang mungkin boleh dilakukan penambahbaikan seperti stratergi perlumbaan,persediaan atlet dan kelengkapan sebelum perlumbaan. Secara keseluruhannya pelumba-pelumba muda ini mampu pergi jauh dengan adanya jadual latihan yang lebih terancang dan sistematik. Pujian harus diberi kepada Mohammad Danish Al Farouq, Mohd Tasnim Safwan dan Mohd Elias Razali yang menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dan menamatkan perlumbaan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved