Saturday, September 7, 2013

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2013

Tempat: Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM, Sintok, Kedah
Tarikh: 6 September 2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 am - 12.30 pm

Hari ketiga Kejohanan Memanah Terbuka UUM Open 2013 bermula dengan baik dan lancar. Pada hari ini masih lagi melibatkan acara individu, acara yang pertama bermula pada 8.00 pagi ialah Recurve Lelaki dan diikuti dengan Recurve Wanita. Selesai kedua-dua acara tersebut, giliran pemanah-pemanah Compound turun beraksi bermula dengan kategori Lelaki dan kemudiannya Wanita.

Berikut disertakan laporan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang:

INDIVIDU

Recurve Wanita:

1. Syarfa Zulaikha - 547 (Tempat ke-7/36)
2. Siti Fatimah - 501 (Tempat ke-14/36)

Recurve Lelaki:

1. Muhammad Faris - 528 (Tempat ke-47/83)
2. Jerome Ham Jie Hao - 499 (Tempat ke-58/83)
3. Quak Ting Sheng - 496 (Tempat ke-60/83)
4. Lim Kar Hoe - 453 (Tempat ke-67/83)

Esok dijadualkan akan berlangsung pusingan kelayakan ke 2. Diharap pemanah-pemanah ini mampu memperbaiki kedudukan masing-masing.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved