PENCARIAN BAKAT BARU (TALEND ID) SUKAN ANGKAT BERAT
Assalamualaikum.
Tarikh : 11 September 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.15 pagi
Tempat : SMK Tasek, Seberang Perai
Selatan.
Kehadiran : Pelajar Peralihan, Tingkatan
1 & 2.
USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu program iaitu Pencarian
Bakat Baru bagi sukan Angkat Berat. Sebanyak beberapa sekolah telah dicari
untuk bekerjasama dalam pencarian bakat baru. Sehingga hari ini hanya Sekolah
Menengah Kebangsaan Tasek, Seberang Perai Selatan yang telah bersetuju untuk
menjalankan program yang dirancang ini.
TUJUAN.
Program ini
dijalankan bagi mencari bakat baru bagi sukan Angkat Berat, selain daripada
untuk mempromosikan program Pelapis dan juga memupuk minat untuk bersukan di
kalangan pelajar - pelajar sekolah.Dengan kerjasama dari Pihak sekolah
diharapkan akan memudahkan perjalanan program latihan yang akan di laksanakan
secara berterusan dimana jurulatih yang dilantik akan menjalankan latihan di
sekolah tersebut dengan menggunakan peralatan sedia ada kepada pihak sekolah.
Dengan ini di harapkan akan menghasilkan atlet-atlet pembangunan yang cemerlang
di masa akan datang untuk negeri Pulau Pinang dan seterusnya untuk negara.
PERJALANAN PROGRAM
Seramai 165 orang dan cikgu pemantau (PK
Koko) membabitkan pelajar Peralihan, Tingkatan 2 dan 3 telah hadri berkumpul di
perkarangan dewan terbuka hari ini. Oleh yang demikian, saringan pertama telah
dibuat dimana jurulatih telah membuat pemilihan singkat untuk melepasi ke
saringan kedua. Pada saringan kedua, jurulatih telah memanggil pelajar-pelajar
yang berminat untuk membuat cubaan angkatan (rotan) bagi mengenalpasti fizikal
tubuh badan. Seramai 85 orang telah dipilih untuk memasuki saringan terakhi
sebelum layak untuk menjalani latihan di sekolah yang telah ditetapkan.
PERBINCANGAN SUSULAN
hasil perbincangan bersama PK Koko,
pelajar yang dipilih tadi akan dibuat saringan terakhir mengikut spesifikasi
jurulatih. Saya juga telah mencadangkan agar kerjasama bersama Institut Sukan
Negara Pulau Pinang terjalin agar atlet baru (pembangunan) tidak tandus dan
memberi minat yang mendalam dalam bidang sukan Angkat Berat. Kerjasama daripada
Pengerusi Persatuan Angkat Berat Pulau Pinang juga banyak membantu program ini
berjalan dengan lancar.
Pihak jurulatih juga ingin memohon
daripada Pihak Persatuan Angkat Berat Pulau Pinang dari segi tenaga kerja,
peralatan dan khidmat nasihat.
PENGHARGAAN
Pihak kami berbesar hati di atas
kerjasama dari pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, atlet-atlet dan
Jurulatih serta kakitangan USPTN dan MSN Pulau Pinang dalam melaksanakan
program tersebut dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment