LAPORAN HARI KE LIMA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013
Tempat : Pusat
Skuasy Nasional, Bukit Jalil
Tarikh : 1hb September 2013 (Ahad)
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
Kejohanan TC National Malaysian Nationals Squash Championships 2013
memasuki hari terakhir menyaksikan pertembungaan menarik pemain-pemain terbaik
negara. Pemain skuasy nombor satu dunia Dato Nicol David mengenepikan cabaran
seorang lagi pemain negara yang berada di ranking ke enam dunia Low Wee Wern. Permainan
selama 4 set itu menjadi milik Nicol dengan kiraan 11/8,11/5,7/11,11/8 untuk
merangkul kejuaraan Kategori Wanita Premier.
Sementara itu bagi kategori Lelaki Premier, Ong Beng Hee menewaskan Mohd
Nafiizwan Adnan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Beng Hee
menang dengan kiraan 11/7,11/9,8/11,9/11,11/ 6.
Pada saingan kali ini atlet-atlet pelapis P.Pinang menunjukkan prestasi
yang membanggakan. Jonathan Chew muncul juara kategori Lelaki Division 3
apabila menewaskan rakan senegeri Ong Sze Kuan dalam perlawanan sengit
berlanjutan sehingga 5 set 10/12,10/12,11/2,11/7,11/6.
Berikut adalah
lain-lain keputusan membabitkan atlet-atlet pelapis negeri Pulau Pinang :
Lelaki Division 2:
1. Ryan Pasqual - suku akhir
2. Heng Kai Heng - Pusingan pertama (separuh akhir plate)
1. Ryan Pasqual - suku akhir
2. Heng Kai Heng - Pusingan pertama (separuh akhir plate)
Lelaki Division 3
1. Jonathan Chew - Johan
2. Ong Sze Kuan - Naib Johan
1. Jonathan Chew - Johan
2. Ong Sze Kuan - Naib Johan
Wanita Division 2
1. Nur Aliah Izzati - suku akhir
2. Zetty Zawanah - suku akhir
3. Nur Natasha Nabila - pusingan kedua
4. Lee Jia Wei - Pusingan pertama
1. Nur Aliah Izzati - suku akhir
2. Zetty Zawanah - suku akhir
3. Nur Natasha Nabila - pusingan kedua
4. Lee Jia Wei - Pusingan pertama
Akhir kata, kejohanan ini telah memberikan pendedahan berguna buat
atlet-atlet pelapis negeri dimana mereka perlu bersaing dengan pemain yang
lebih berpengalaman.
Selamat maju
jaya buat semua atlet pelapis negeri Pulau Pinang yang mengambil bahagian kali
ini.
Sekian,
terima kasih.
Laporan Oleh
Mohamad Suhairi
Bin Othman
0 comments:
Post a Comment