Monday, September 30, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 27 September 2013 (Jumaat)
Masa : 4.30 petang – 6.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas.

KEHADIRAN
1. Jurulatih En. Yusof Omar (JSM)
2. Atlet : 14 Orang

LATIHAN
1. Grip, stance, delivering on re spot Jack

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai kejohanan pada bulan November 2013 iaitu Taming Sari Cup - Mixed Triples di Ipoh Perak.
2. JSM memaklumkan terdapat kejohanan National Open Fours juga pada bulan November 2013 tetapi tarikh akan dimaklumkan kemudian

PERALATAN
1. Bowl Jack dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan tetap pada masanya.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3.Latihan dijalankan bersama atlet SUKMA akan tetapi tiada jurulatih SUKMA yang hadir.
4. Atlet-atlet dapat menerima arahan dari Jurulatih walaupun kebanyakkan atlet masih baru dan atlet lama telah diserapkan dibawah program SUKMA.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 27 September 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDSC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. Atlet  - 12 atlet pelapis dan 5 atlet pembangunan.

LATIHAN
1. Drop shot drills
2. Backhand/forehand stroke
3. Full Court training

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Pada bulan ini, atlet telah menyertai dua Kejohanan iaitu:
1. Kejohanan Dalaman Penang Junior Closed 2013 telah diadakan pada 14 hingga 16 September 2013 di NDISC Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
2. 15th Ong Beng Hee & Nicol David Trophy 2013 akan berlangsung pada 22 hingga 27 Oktober 2013 di Gelanggang Skuasy MSSK, Kota Bharu, Kelantan

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan dengan lancar dan dimulakan dengan sesi penerangan ringkas dari Jurulatih kepada atlet-atlet.
2. Sesi ujian kecergasan untuk sukan Skuasy yang pada awalnya dijadualkan pada 14 dan 15 September 2013 terpaksa ditunda berikutan pertembungan dengan tarikh Kejohanan Skuasy Penang Junior Closed 2013.
3. Pihak Persatuan Skuasy Pulau Pinang (SRAP) telah menyerahkan coach's evaluation form bagi penyambungan kontrak JPM Khoo Teng Hin.  
4.  Atlet mempamerkan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, September 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 26 September 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM

Atlet
1. 3 orang atlet SUKMA
2. 7 orang atlet Pelapis

Latihan
1. Air Pistol Men
2. Air Pistol Woman
3. Air Rifle Woman

Ujian
1. Ujian Kecergasan (Fasa 1) Sukan Malaysia XVII, 2014 Perlis bagi sukan Menembak akan diadakan pada 5 dan 6 Oktober 2013.

Pertandingan
1. Telah menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2013 pada 18 hingga 22 September 2013 bertempat di Kelab Menembak Pulau Pinang.
2. Akan menyertai Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013 pada 9 hingga 13 Oktober 2013 bertempat di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Senjata api tidak mencukupi.

Program Binaan

1. Talent ID telah dijalankan pada 28 Ogos 2013 bagi peringkat pertama dan 1 September 2013 bagi peringkat kedua.

Ulasan Ringkas

1. Kehadiran atlet baru untuk menjalani latihan sangat memberangsangkan dan mereka juga mendapat sokongan penuh daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
2. Senjata api 25M Pistol telah rosak dan senjata api tersebut perlu dibeli yang baru supaya atlet dapat berlatih dengan menggunakan senjata api jenis ini.
3. Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja (JKK) Sukan Malaysia XVII, 2014 Perlis (MSNPP) bagi sukan Menembak telah diadakan pada 26 September 2013.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 26 September 2013 (Khamis)
Masa : 4.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian.

KEHADIRAN
1. Jurulatih - Ahmad Rahimi Azizan (JSM)
2. 11 Atlet

LATIHAN
1. Latihan Pertahanan
2. Latihan Pukulan

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet akan menyertai Pertandingan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan pada 01 hingga 04 September 2013 yang akan berlangsung di Dewan Kelab SUK Shah Alam Selangor.

PERALATAN
1. USPTNPP telah menyerahkan sebanyak 25 unit bola takraw kepada jurulatih untuk menjalani latihan.
2. Memerlukan tali skipping.


PROGRAM BINAAN
- Tiada-

ULASAN
1.Latihan berjalan seperti biasa.
2.Kehadiran atlet menjalani latihan berkurangan kerana terdapat atlet yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM perlu menghadiri kelas tambahan.
3.Jurulatih memaklumkan terdapat pelajar bawah 12 tahun yang menjalani latihan disana dan terdapat beberapa pelajar yang akan diserapkan ke dalam program pelapis.
4.Hasil dari pemantauan jurulatih memberi arahan latihan dengan jelas dan atlet dapat menerima tunjuk ajar daripada jurulatih dengan baik.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Sunday, September 22, 2013

UJIAN KECERGASAN 2 SKUAD LATIHAN MEMANAH PULAU PINANG DAN MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA/WARIS, PERSATUAN MEMANAH PULAU PINANG DAN MSN.

Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa : 4:30 petang - 7:30 petang
Kehadiran : 2 orang Pegawai ISNPP, 2 orang Pegawai MSNPP, PPN USPTN, 3 Orang Jurulatih.

Objektif
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai kecergasan atlet-atlet skuad memanah Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014. Ia melibatkan 3 fasa ujian kecergasan bermula pada bulan September 2013 sehinggalah fasa ketiga yang dijangka berakhir pada tahun hadapan melibatkan semua sukan yang menyertai Temasya SUKMA,Perlis 2014.

Penyertaan
Seramai 28 orang atlet dalam skuad latihan memanah SUKMA negeri Pulau Pinang. 14 Orang atlet bagi acara recurve dan 14 Orang atlet acara compound telah menjalani ujian kecergasan kali ke 2 ini.  Ujian telah dikendalikan oleh pihak Pusat Satellite Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) diketuai En. Cheah Boon Cheong. 

Ujian yang dijalankan adalah sama seperti ujian yang pertama diadakan iaitu:

1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test

Kecederaan
Ujian ini berjalan lancar dan tiada sebarang kecederaan serious dialami oleh setiap peserta. 

Di samping itu, pada masa yang sama di Bilik Cemerlang MSNPP telah berlangsung sesi Dialog  antara pihak ibubapa/waris, Persatuan Memanah Pulau Pinang dan MSN. Majlis ini telah di pengerusikan oleh Pemangku Ketua Unit USPTNPP, En. Hamidi Bin Lokman. 

Majlis ini dihadiri oleh Ibubapa/waris, 4 orang wakil persatuan, 3 orang jurulatih, PPN USPTN sukan memanah dan seorang wakil MSNPP. Sesi dialog ini berjalan lancar dan membincangkan isu-isu semasa bagi sukan memanah negeri Pulau Pinang. Antara masalah yang di bincangkan adalah status Persatuan Memanah Negeri, pertembungan antara pelajaran dan pertandingan, isu-isu kewangan, masa latihan atlet dan isu-isu lain.

Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi penjelasan dan penerangan lebih lanjut terutama kepada pihak ibu bapa waris berkaitan masa depan dan hala tuju atlet-atlet untuk sukan memanah.

Sekian Terima kasih

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN, SIRKIT 01/2013

Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Acara : 10M Air Pistol - Woman (Berpasukan) dan 10M Air Pistol - Men (Berpasukan)

Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013 pada hari ketiga 21 September 2013 bermula pada pukul 9.00 pagi. Acara yang dipertandingkan ialah acara 10M Air Pistol - Woman (Berpasukan) dan acara 10M Air Pistol - Men (Berpasukan). Pasukan dari negeri Pahang telah mengungguli kedua-dua acara apabila berjaya memenangi pingat emas bagi kedua-dua acara yang dipertandingkan.

Adalah dimaklumkan bahawa pasukan dari negeri Terengganu telah mendapat kebenaran daripada Chief Range Officer (CRO) untuk menembak lebih awal bagi acara 10M Air Rifle - Woman (Berpasukan) dan 10M Air Rifle - Men (Berpasukan) kerana pasukan dari negeri Terengganu perlu pulang lebih awal disebabkan masalah pengangkutan. Mata untuk pasukan negeri Terengganu bagi acara tersebut juga tidak akan dikira.

Setelah kedua-dua acara yang dipertandingkan selesai, sesi penyampaian pingat diadakan pada pukul 1.00 petang. Pingat pemenang dan sijil penyertaan bagi setiap negeri disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Dato' Abdul Jalil Bin Abdullah, Encik Ooi Thai Seng Setiausaha Kelab Menembak Pulau Pinang, Encik Amran Setiausaha Kelab Menembak Johor, Encik Felix Ho selaku Technical Delegate dan turut dibantu Encik S. Subramaniam selaku Chief Range Officer (CRO). Penyampaian pingat diberi kepada pemenang bagi acara Air Pistol - Men (Individu), Air Pistol - Woman (Individu), Air Rifle - Men (Individu), Air Rifle - Woman (Individu) dan Air Pistol - Men (Berpasukan).

Berikut merupakan keputusan penuh bagi acara-acara yang dipertandingkan pada hari ketiga Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013 :-

Acara 10M Air Pistol - Woman (Berpasukan)
Emas - Pahang (1042 Mata)
Perak - Johor (1011 Mata)
Gangsa -Pulau Pinang (999 -Mata)

Acara 10M Air Pistol - Men (Berpasukan)
Emas - Pahang (1614 Mata)
Perak - Terengganu (1586 Mata)
Gangsa - Johor (1584 Mata)

Sekian sahaja laporan pada hari keempat Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013. Terima kasih. 


Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Saturday, September 21, 2013

LAPORAN UJIAN KECERGASAN SKUAD SUKMA PERLIS,2014 SUKAN BERBASIKAL

Tempat: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Tarikh: 21 September 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 11:00 pagi.
Kehadiran: 3 orang Pegawai ISNPP, 4 orang Pegawai MSNPP, PPN USPTN, 2 Orang Jurulatih.
Peserta: Skuad Latihan Berbasikal Pasukan Pulau Pinang bagi SUKMA Perlis, 2014. 

Objektif
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai kecergasan atlet-atlet skuad Berbasikal Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014.  Ia melibatkan 3 fasa ujian kecergasan bermula pada bulan September 2013 sehinggalah fasa terakhir yang dijangka diadakan sebelum menyertai Temasya SUKMA,Perlis 2014. Hanya yang melepasi ujian yang akan terpilih bagi menyertai Sukma Perlis 2014.

Penyertaan
14 orang atlet Berbasikal Pulau Pinang telah menyertai ujian kecergasan pada kali ini.

Ujian Kecergasan
Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah:
1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test

Kecederaan
Tiada kecederaan dilaporkan sepanjang ujian dijalankan.

Sekian Terima kasih

Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE AFTER SCHOOL PROGRAM (MEMANAH)

Tarikh : 20 September 2013 (Jumaat)
Masa : 4:30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : SMK Batu Kawan, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. JSM Cik Azlina
2. JSM Cik Aimi Amalina
3. PPN Mohamad Suhairi b Othman
4. Atlet - 8 Orang atlet After School Program - Memanah.

LATIHAN
1. Free Shooting.
2. Skill Training.
3. 30/50 Meter Shooting.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Masih di peringkat perancangan dan perbincangan.

 PERALATAN
1. Peralatan adalah hak milik Sekolah.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1.Sesi latihan bermula pada pukul 3:30 petang sehingga 6:30 petang bertempat di padang SMK Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.
2.Kehadiran atlet masih memuaskan walaupun menghadapi kekangan waktu persekolahan dan musim peperiksaan.
3.Rata-rata atlet masih baru dan perlu memperbaiki teknik panahan. Di samping kekurangan pendedahan dan pengalaman pertandingan luar.
4.Masalah utama yang di hadapi Jurulatih ialah kekurangan peralatan untuk latihan atau pertandingan seperti arrow, sighter dan bow.

Sekian,Terima Kasih

Laporan  dari
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved