Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN UJIAN KECERGASAN BIL 1/2018 BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. ISN Zon Utara - 3 Orang 
2. Puan Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Puan Noor Aini Bt Ahmad - JSM
4. Encik Zakaria Bin Ahmad - JPM MSNPP
5. Seorang pelajar praktikal
6. 20 orang atlet lawn bowls

Ujian kecergasan Bil 1/2018 bagi sukan lawn bowls telah dijalankan di Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas. Program ini telah dilaksanakan oleh ISN Zon Utara yang diketuai oleh Pn. Loo Lean Hiong (Ketua ISN Zon Utara) dan Pn. Mariani bt Sanawi serta dibantu oleh Pn. Intan Suliana (MSNPP), Seorang pelajar praktikal dan PPN sukan lawn bowl. Bagi sukan lawn bowls terdapat 5 ujian telah dijalankan iaitu :-

1. BMI (In body test)
2. Flexibility seat and reach test minutes sit up test & Max push up test
4. Hand grip test
5. Bleep test

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN Zon Utara, MSNPP, USPTN dan atlet serta jurulatih kerana berjaya melaksanakan program ujian kecergasan pada kali ini. Ujian kecergasan bil. 2/2018 dicadangkan diadakan pada bulan November bagi membuat perbandingan dengan keputusan ujian yang pertama.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved