Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

 Tarikh : 11 Mei 2018 (Jumaat)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Hari kedua Kem Bakat Memanah Siri 1/2018 diteruskan dengan semua atlet berkumpul di padang jam 6.30 pagi untuk perhimpunan pagi yang akan dikelola oleh Kem Komandan. Sesi berjalan selama setengah jam dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa sebelum atlet dilepaskan untuk sarapan pagi.

Sesi Ujian Kecergasan yang dijangka pagi ini terpaksa ditunda atas sebab tertentu dan ditukar kepada sesi latihan akan dikelola sepenuhnya oleh Ketua Jurulatih Encik Othman Wahab.

Sesi petang diteruskan dengan Basic Shooting Technique (Amali) yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih. Objektif sesi petang ini bertujuan untuk membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai pada jam 6.30 petang. 

Pengisian program malam diteruskan dengan sesi Psikologi yang disampaikan oleh Dr Eliza Hafiz dari Pusat Sukan Universiti Malaya. Objektif ceramah bertujuan memahami kesan psikologi yang dapat dilihat sebagai satu petunjuk positif dalam diri atlet menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet dilepaskan balik ke bilik untuk berehat.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved