Monday, May 7, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN BIL. 1/2018 - OLAHRAGA

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. ISN Zon Utara - 3 Orang 
2. En. Mohd Nadri bin  Mahmood - JSM
3. En. Mohd Hamdi bin Mohd Yusuf - JSM PLD
4. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
5. Nur Syafiqah Binti Salamat - PPN
6. Pelajar Praktikal - 1 Orang

Ujian kecergasan Bil 1/2018 bagi sukan olahraga telah diadakan serentak bersama sukan Lawn Bowl bertempat di Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas. Program ini telah dilaksanakan oleh ISN Zon Utara yang diketuai oleh Pn. Loo Lean Hiong (Ketua ISN Zon Utara) dan Pn. Mariani bt Sanawi serta dibantu oleh Pn. Intan Suliana (MSNPP), Seorang pelajar praktikal dan PPN sukan olahraga dan lawn bowl. Bagi sukan olahraga terdapat 7 ujian telah dijalankan iaitu :-

1. BMI (In body test)
2. Flexibility seat and reach test
3. 1 minutes sit up test & Max push up test
4. Hand grip test
5. Standing broad jump test
6. Vertical jump test
7. Bleep test

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN Zon Utara, MSNPP, USPTN dan atlet serta jurulatih kerana berjaya melaksanakan program ujian kecergasan pada kali ini. Ujian kecergasan bil. 2/2018 dicadangkan diadakan pada bulan November bagi membuat perbandingan dengan keputusan ujian yang pertama.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved