LAPORAN HARI KETIGA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018
Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 6.30 pagi hingga 10.30 malam
Hari ketiga kem diteruskan dengan atlet berkumpul untuk perhimpunan pagi
dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya atlet diberi masa selama 30
minit untuk senaman pagi dengan diketuai oleh penghulu yang dilantik.
Selesai sarapan pagi atlet bergerak ke lapang sasar untuk sesi
"Shooting Skill" dengan jarak 70 & 60 meter (lelaki) dan jarak 60
& 50 meter (wanita). Sesi latihan ini mengambil masa 4 jam sehingga atlet
diberi pelepasan untuk makan tengahari dan solat zohor.
Latihan petang bersambung dengan “Shooting Skill” jarak 60 meter
(Lelaki) dan 50 meter wanita. Sesi latihan terpaksa ditunda disebabkan cuaca
yang tidak mengizinkan.
Sesi malam merupakan aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk
menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Aktiviti
"team building" dikendali sepenuhnya oleh fasilitator yang dilantik.
Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Sesi hari ketiga tamat pada jam 10.30 malam.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment