Monday, November 28, 2016

LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2016

Tarikh : 26 November 2016 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil
Hari ini merupakan hari ke-4 kejohanan diteruskan lagi dengan beberapa acara pada sebelah pagi iaitu tali & belantan bagi G4 dan riben & bola bagi G5. Seterusnya pada jam dua hingga enam setengah petang diteruskan lagi dengan acara gelung bagi pre junior, U9,U10, dan G4 ,belantan bagi U10 dan tali untuk U9. 

Berikut disertakan keputusan penuh hari keempat yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori : G4 (Tali)
Ong Wei Yee - 11.766 mata (11/19)
Evelyn Foo Yi Fei - 11.066 mata (14/19)

Kategori : G4 (Belantan)
Ong Wei Yee - 11.650 mata (9/19)
Evelyn Foo Yi Fei - 10.300 mata (15/19)

Kategori : G4 (Gelung)
Ong Wei Yee - 11.766 mata (8/15)
Evelyn Foo Yi Fei - 11.066 mata (12/15)

Kategori : U9 (Gelung)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.866 mata (7/14)

Kategori : U9 (Tali)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.600 mata (13/14)

Kategori : U10 (Gelung)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 8.000 mata (12/14)

Kategori : U10 (Belantan)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.033 mata (7/16)

Penyampaian hadiah tamat pada jam 7.20 malam dan atlet yang berumur 9 dan 10 tahun diminta tunggu untuk melakukan mini selection bagi YOG. Jurulatih kebangsaan dan Puan Petrina meminta gimnas U9 & U10 berbaris untuk melihat kriteria yang diingini. Akhir sekali mereka membuat keputusan untuk memanggil semula gimnas U9 & U10 pada bulan Disember 2016 untuk melakukan pemilihan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved