LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW
Tarikh : 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat
KEHADIRAN
1. En. Syed Roslan Syed Khalid
2. En. Ahmad Rahimi Bin Azizan
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh
ATLET
1. 24 orang
LATIHAN
1. Penyesuaian latihan dan regu untuk kejohanan MSSPP. Latihan ini
adalah persiapan untuk peringkat separuh akhir & akhir kejohanan MSSPP di
SMK Desa Murni, Sungai Dua pada 29 Februari 2016.
UJIAN
-Tiada-
PERTANDINGAN
1. Atlet terlibat untuk kejohanan MSSPP (separuh akhir &
akhir) yang berlangsung dari 29 Februari 2016 di SMK Desa Murni
Sungai Dua.
KECEDERAAN
-Tiada-
PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring,
punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
PROGRAM BINAAN
-Tiada-
ULASAN RINGKAS
1. Telah menerima surat penyambungan kontrak dari jurulatih untuk
tahun 2016.
2. Semasa pemantauan dibuat atlet sedang menjalani latihan penyesuaian regu
untuk persiapan kejohanan MSSPP pusingan separuh akhir dan akhir pada 29
Februari 2016 di SMK Desa Murni Sungai Dua. Kejohanan ini melibatkan 3
peringkat umur iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan
bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
4. PPN juga memaklumkan pada jurulatih bahawa pembelian bola takraw dan
lain-lain akan dibuat secepat mungkin menggunakan peruntukan dari peralatan
kecil.
Sekian,Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh