PERJUMPAAN MAJLIS AMATUR GIMNASTIK PULAU PINANG DAN IBU BAPA BERSAMA PENGERUSI TEKNIKAL GIMRAMA
Tarikh : 21
November 2015 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 11.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Satu majlis perjumpaan antara Majlis Amatur
Gimnastik Pulau Pinang dan Ibu Bapa bersama Pengerusi Teknikal Gimrama Ms
Petrina Low bagi membincangkan hala tuju sukan Gimrama pada tahun akan datang.
Majlis ini dipengerusikan oleh Presiden Majlis Amatur Gimnastik Pulau
Pinang iaitu Yang Berbahagia Dato' Tan Gin Soon. Tujuan utama program
ini adalah bagi membincangkan perletakan jawatan JLN Gimrama (Ms Maria Ulitian)
pada hujung tahun 2015 serta perlantikan jurulatih baru. Selain itu, sesi
rumusan program bagi tahun ini turut dibincangkan. Kehadiran beberapa orang
ibubapa/waris bagi atlet baru amat di hargai sebagai tanda sokongan terhadap
program yang telah dijalankan. Penekanan turut diberikan kepada ibubapa agar
bekerjasama rapat dan sentiasa berhubung dengan pihak jurulatih-jurulatih yang
telah dilantik bagi memudahkan mendapat maklumat-maklumat program dan
pertandingan. Pada akhir sesi pertemuan ini telah diadakan dialog soal jawab
antara pihak ibubapa, jurulatih dan MSN. Kesimpulan dari majlis ringkas ini
menunjukkan maklum balas yang baik dari pihak ibubapa atlet serta telah menunjukkan
minat yang tinggi terhadap sukan Gimrama. Diharap kerjasama yang erat antara
semua pihak dapat diteruskan bagi meningkatkan kegemilangan sukan Gimrama
negeri Pulau Pinang.
Sekian,
terima kasih.
Laporan
disediakan oleh
Nursyafiqah
Binti Salamat
0 comments:
Post a Comment