LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2015
Tarikh
: 12 November 2015 (Khamis)
Tempat
: Johor Bahru
Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2015 telah
berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 15 November 2015 bertempat di
Johor Bahru. Sebanyak 14 negeri telah mengambil bahagian yang melibatkan
sebanyak 7 sukan dipertandingkan iaitu Memanah, Sepak Takraw, Tinju, Angkat
Berat, Olahraga, Terjun dan Gimnastik Artistik walaubagaimanapun kontinjen
Pulau Pinang hanya menyertai 5 jenis sukan sahaja pada kejohanan kali ini.
Pergerakan kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 4.00 petang dan
6.00 petang dan tiba di penginapan masing-masing pada jam 10.00 pagi.
Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seperti
berikut :-
Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan
atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana
pendedahan pertandingan peringkat Akhir setelah berusaha melayakkan diri ketika
di kejohanan zon siri pertama dan kedua sebagai persediaan untuk ke kejohanan
yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta
berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.
Untuk hari ini, Pasukan Pulau Pinang telah memulakan sesi latihan di lokasi
yang telah ditetapkan. Latihan yang dijalankan adalah sebagai persiapan untuk
berjuang pada keesokan harinya. Hanya sukan Memanah sahaja yang memulakan
"Sightest" dan "Pemeriksaan Peralatan" pada sesi petang.
Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan
dimana fasa sebelah petang hanya sukan Angkat Berat dan Memanah manakala bagi
sukan Tinju, sepak takraw dan Olahraga bermula pada sebelah malam. Secara
keseluruhan pada mesyuarat kali ini ada beberapa isu berbangkit dan telah
diselesaikan dalam mesyuarat pengurus setiap sukan.
Sekian, Terima Kasih.
laporan dari Johor Bahru.
0 comments:
Post a Comment