Tuesday, November 24, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN KEM LATIHAN SUKAN TAEKWONDO NEGERI PULAU PINANG 2015

Tarikh : 20 hingga 22 November 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. En. Mohamed Sabib Bin Abdullah - Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
2. En. Rajendran A/L Rajoo - Timbalan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
3. En. Rajaderan A/L Rengasami - Technical Chairman Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
4. En. Tan Chee Sheng - Penyelaras KEM MSNPP
5. En. Gunasegaran A/L Manivelloo - Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP
6. En. Razali Bin Ibrahim - Jurulatih Sambilan MSNPP

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Latihan Sukan Taekwondo 2015. Kem ini berlangsung dari 20 hingga 22 November 2015 di Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang. Peserta bagi program ini melibatkan 20 orang atlet Pelapis Negeri dan 10 orang atlet Skuad Latihan SUKMA Pulau Pinang dengan pecahan 18 atlet lelaki dan 12 atlet wanita. Kem ini juga sebagai persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Taekwondo Inter-Club 2015 yang dijadualkan pada 27 hingga 29 November 2015 di Cheras, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, kem ini sedikit terjejas kerana Pihak ISNPP tidak dapat memberi perkhidmatan seperti ujian kecergasan dan ceramah sains sukan kerana mempunyai program lain pada tarikh yang sama.

Hari Pertama (20 November 2015/Jumaat)
Para peserta seramai 30 orang atlet melapor diri di Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang tepat jam 3.00 petang. Penyelaras Kem Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu En. Tan Chee Sheng memberi taklimat tentang prosedur kemasukan ke asrama yang melibatkan aspek keselamatan, kebersihan dan penjagaan peralatan asrama. Pada jam 8.00 malam, Jadual bermula dengan sesi latihan asas "foot work". Latihan ini hanya menfokuskan pada bahagian bawah badan, pergerakan kaki (stepping), imbangan badan dan kekuatan. Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP iaitu Master Gunasegaran A/L Manivelloo menyelia sesi latihan dan dibantu oleh En. Razali Bin Ibrahim Jurulatih Sambilan MSNPP. Sesi ini tamat pada jam 10.00 malam.

Hari Kedua (21 November 2015/Sabtu)
Pada jam 8.00 pagi peserta-peserta melakukan warm up dan senaman pagi diketuai Ketua Peserta iaitu Mugilan A/L Baskaran. Sesi seterusnya dikendalikan oleh Master Rajendran A/L Rajoo menfokuskan topik "competition strategy and mental skills". Master Mohamed Sabib Bin Abdullah pula memberi taklimat dan penerangan tentang undang-undang, pengadilan dan sistem scoring pemarkahan bagi sukan taekwondo. Ia bertujuan mendedahkan atlet dengan undang-undang dan peraturan ketika bertanding. Pada sesi petang telah diadakan sesi ujian fizikal (Specifik) bagi sukan taekwondo seperti side kick, chopping kick, turning kick dan lain-lain disiplin. Setiap ujian ini diberi pemarkahan oleh Master Gunasegaran dan Master Rajaderan A/L Rengasamy (Technical Chairman). Pada pukul 8.00 malam telah dijalankan latihan free sparring dan simulasi latihan. Peserta di kehendaki menggunakan kemahiran-kemahiran yang diajar semasa kem ini.

Hari ketiga (22 November 2015/Ahad)
Hari terakhir kem telah diadakan mini competition di kalangan peserta. Semua peserta diberi peluang menunjukkan aksi di gelanggang sebenar. Atlet-atlet juga dilatih untuk menjadi pengadil dan mempraktikkan undang-undang dan peraturan pertandingan sebenar. Sebelum kem berakhir telah diadakan sesi maklum balas dan penerangan akhir oleh Fasilitator kem.

Diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kem latihan ini dan semoga atlet-atlet dapat mengutip ilmu dan pengalaman baru untuk dipraktikkan semasa latihan dan pertandingan.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved