Wednesday, November 18, 2015

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2015 BAGI SUKAN SEPAK TAKRAW

Tempat : Dewan Jauhar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Tarikh : 12 hingga 15 November 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Pada 13 hingga 15 November 2015, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Negeri telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2015 bertempat di Dewan Jauhar Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Pertandingan pada kali menampilkan penyertaan sebanyak 14 negeri melibatkan 5 zon yang melibatkan kategori umur dibawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun. Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang telah menghantar 10 orang atlet yang melibatkan kategori Beregu Bawah 14 tahun, Beregu Bawah 16 tahun dan Regu Bawah 14 tahun.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru khususnya dan mendedahkan mereka dengan kejohanan sepak takraw yang berprofil tinggi. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B mengikut kategori dipertandingkan. Perlawanan peringkat kumpulan pada hari pertama adalah secara liga dan telah bermula pada pukul 8.00 pagi dengan 3 kategori iaitu Regu Bawah 12 tahun, Beregu Bawah 14 tahun dan Beregu Bawah 16 tahun.

Berikut merupakan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang sepanjang kejohanan :-


Dari pemerhatian yang dibuat dari kejohanan ini para pemain Pulau Pinang menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kesungguhan dalam setiap perlawanan. Pemain-pemain menunjukkan peningkatan dari segi umpanan. Hasil dari pemerhatian dan ulasan dari jurulatih, pemain perlu memperbaiki rejaman dan service.

Tahniah kepada pemain-pemain yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya tingkatkan usaha untuk kejohanan yang akan datang serta kepada jurulatih- yang tidak jemu melatih pemain-pemain sehingga berjaya. Tahniah diucapkan.

Pasukan Pelapis Pulau Pinang telah membawa pulang 1 pingat perak dari acara Regu Bawah 14 Tahun setelah tumpas pada pasukan SSTMI.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved