Monday, November 9, 2015

PEMANTAUAN KEJOHANAN OLAHRAGA REMAJA PULAU PINANG 2015

Tarikh : 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Kejohanan Olahraga Remaja Pulau Pinang dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Penyertaan pada kali ini melibatkan 5 zon atau pasukan seluruh Pulau Pinang iaitu Zon Seberang Perai Utara, Zon Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengan, Zon Timur Laut dan Zon Barat Daya.

Seramai 13 orang atlet Program Pelapis Negeri di bawah bimbingan En. Mohd Nadri Bin Mahmood​ telah terpilih mewakili Zon Utara. Pemilihan atlet dilakukan selepas pertandingan peringkat zon dijalankan.

Atlet lompat tinggi wanita bawah 14 tahun iaitu Nur​ Aishah Bt Ismail​ telah berjaya meraih pingat emas dengan​ memecahkan rekod peribadi terbaik dengan catatan 1.50 meter. Turut memenangi pingat emas adalah Ahmad Syawal Bin Azahari (1500 meter/L16), Nur Liyana Izzati Khairuddin (Lompat Jauh/P16), Nur Asyatul Azra (1500m/P16) dan

​satu pingat Perak disumbangkan oleh ​ Nur Sahirah Bt Mahazir (400m/P16)​. Sementara itu, seramai 25 orang atlet dari Negeri Pulau Pinang telah terpilih mewakili Zon Utara ke Kejohanan Pelapis Antara Zon Peri​ngkat Akhir yang bakal diadakan pada 12 hingga 15 November 2015​ di Johor Bahru, Johor.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved