Saturday, November 28, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK - ARTISTIK

Tarikh : 27 November 2015 (Jumaat)
Masa : 5.00 pm - 7.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Liu Shu Nan - JLN
2. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Uneven Bars
3. Vault
4. Floor Exercise

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Siri 1/2015 di Bukit Jalil pada 4 - 6 Disember 2015.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Mattress – Koyak dan berlubang
2. Lampu - terbakar dan tidak berfungsi

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet menjalani latihan dengan lebih giat bagi menghadapi Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Siri 1/2015, di Bukit Jalil pada 4 - 6 Disember 2015.
2. Peralatan dan lampu di gimnasium dalam proses pembaikan oleh pihak MSNPP.
3. JLN membincangkan jadual dan perjalanan untuk kejohanan akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 27 November 2015 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 18 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Training weight (short, medium and long)
3. Triple
4. Cooling down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Padang Triples Open Pulau Mutiara Pulau Pinang 2015 pada 11 hingga 13 Disember 2015 Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Mohon untuk mendapatkan bowls sebanyak 2 set kerana bowls pelapis yang ada sekarang akan tamat tempoh pada Disember 2015.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti biasa dan kehadiran atlet sangat memuaskan kerana cuti sekolah.
2. Dari pemerhatian, atlet menunjukkan sedikit peningkatan dalam menjalani latihan dan memahami arahan jurulatih.
3. Pada kejohanan yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 11 hingga 13 Disember 2015 semua atlet dan jurulatih terbabit pada kejohanan tersebut.
4. Jurulatih memaklumkan atlet yang menjalani latihan perlukan bowls secepat mungkin kerana akan tamat tempoh pada Disember tetapi mereka wajib meneruskan latihan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Friday, November 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 26 November 2015 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 14 orang

LATIHAN
1. Streching
2. Fun Sparring

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 8 orang menyertai 16th Milo International Junior All Stars Bowling Championships pada 29 November hingga 6 Disember 2015 di Petaling Jaya.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Atlet skuad latihan Sukma menjalani latihan pada hari ini di Penang Bowl, Lebuh Farquhar dibawah seliaan jurulatih Randy Wong dan Jurulatih Cheak Teik Tatt.
2. Jurulatih Nooraini terlibat membawa atlet pada kejohanan 16th Milo International Junior All Stars Bowling Championships 2015 yang berlangsung pada 29 November hingga 6 Disember 2015 di Petaling Jaya.
3. Satu mesyuarat penyelarasan berkenaan kejohanan 43th Penang Pesta International 2015 akan berlangsung pada hari ini jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat Mega Bowling Centre,Seberang Perai.
4. Kehadiran atlet menjalani latihan kurang memuaskan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, November 24, 2015

PERJUMPAAN MAJLIS AMATUR GIMNASTIK PULAU PINANG DAN IBU BAPA BERSAMA PENGERUSI TEKNIKAL GIMRAMA

Tarikh : 21 November 2015 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 
Satu majlis perjumpaan antara Majlis Amatur Gimnastik Pulau Pinang dan Ibu Bapa bersama Pengerusi Teknikal Gimrama Ms Petrina Low bagi membincangkan hala tuju sukan Gimrama pada tahun akan datang. Majlis ini dipengerusikan oleh Presiden Majlis Amatur Gimnastik Pulau Pinang iaitu Yang Berbahagia Dato' Tan Gin Soon. Tujuan utama program ini adalah bagi membincangkan perletakan jawatan JLN Gimrama (Ms Maria Ulitian) pada hujung tahun 2015 serta perlantikan jurulatih baru.  Selain itu, sesi rumusan program bagi tahun ini turut dibincangkan. Kehadiran beberapa orang ibubapa/waris bagi atlet baru amat di hargai sebagai tanda sokongan terhadap program yang telah dijalankan. Penekanan turut diberikan kepada ibubapa agar bekerjasama rapat dan sentiasa berhubung dengan pihak jurulatih-jurulatih yang telah dilantik bagi memudahkan mendapat maklumat-maklumat program dan pertandingan. Pada akhir sesi pertemuan ini telah diadakan dialog soal jawab antara pihak ibubapa, jurulatih dan MSN. Kesimpulan dari majlis ringkas ini menunjukkan maklum balas yang baik dari pihak ibubapa atlet serta telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap sukan Gimrama. Diharap kerjasama yang erat antara semua pihak dapat diteruskan bagi meningkatkan kegemilangan sukan Gimrama negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEM LATIHAN SUKAN TAEKWONDO NEGERI PULAU PINANG 2015

Tarikh : 20 hingga 22 November 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. En. Mohamed Sabib Bin Abdullah - Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
2. En. Rajendran A/L Rajoo - Timbalan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
3. En. Rajaderan A/L Rengasami - Technical Chairman Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
4. En. Tan Chee Sheng - Penyelaras KEM MSNPP
5. En. Gunasegaran A/L Manivelloo - Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP
6. En. Razali Bin Ibrahim - Jurulatih Sambilan MSNPP

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Latihan Sukan Taekwondo 2015. Kem ini berlangsung dari 20 hingga 22 November 2015 di Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang. Peserta bagi program ini melibatkan 20 orang atlet Pelapis Negeri dan 10 orang atlet Skuad Latihan SUKMA Pulau Pinang dengan pecahan 18 atlet lelaki dan 12 atlet wanita. Kem ini juga sebagai persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Taekwondo Inter-Club 2015 yang dijadualkan pada 27 hingga 29 November 2015 di Cheras, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, kem ini sedikit terjejas kerana Pihak ISNPP tidak dapat memberi perkhidmatan seperti ujian kecergasan dan ceramah sains sukan kerana mempunyai program lain pada tarikh yang sama.

Hari Pertama (20 November 2015/Jumaat)
Para peserta seramai 30 orang atlet melapor diri di Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang tepat jam 3.00 petang. Penyelaras Kem Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu En. Tan Chee Sheng memberi taklimat tentang prosedur kemasukan ke asrama yang melibatkan aspek keselamatan, kebersihan dan penjagaan peralatan asrama. Pada jam 8.00 malam, Jadual bermula dengan sesi latihan asas "foot work". Latihan ini hanya menfokuskan pada bahagian bawah badan, pergerakan kaki (stepping), imbangan badan dan kekuatan. Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP iaitu Master Gunasegaran A/L Manivelloo menyelia sesi latihan dan dibantu oleh En. Razali Bin Ibrahim Jurulatih Sambilan MSNPP. Sesi ini tamat pada jam 10.00 malam.

Hari Kedua (21 November 2015/Sabtu)
Pada jam 8.00 pagi peserta-peserta melakukan warm up dan senaman pagi diketuai Ketua Peserta iaitu Mugilan A/L Baskaran. Sesi seterusnya dikendalikan oleh Master Rajendran A/L Rajoo menfokuskan topik "competition strategy and mental skills". Master Mohamed Sabib Bin Abdullah pula memberi taklimat dan penerangan tentang undang-undang, pengadilan dan sistem scoring pemarkahan bagi sukan taekwondo. Ia bertujuan mendedahkan atlet dengan undang-undang dan peraturan ketika bertanding. Pada sesi petang telah diadakan sesi ujian fizikal (Specifik) bagi sukan taekwondo seperti side kick, chopping kick, turning kick dan lain-lain disiplin. Setiap ujian ini diberi pemarkahan oleh Master Gunasegaran dan Master Rajaderan A/L Rengasamy (Technical Chairman). Pada pukul 8.00 malam telah dijalankan latihan free sparring dan simulasi latihan. Peserta di kehendaki menggunakan kemahiran-kemahiran yang diajar semasa kem ini.

Hari ketiga (22 November 2015/Ahad)
Hari terakhir kem telah diadakan mini competition di kalangan peserta. Semua peserta diberi peluang menunjukkan aksi di gelanggang sebenar. Atlet-atlet juga dilatih untuk menjadi pengadil dan mempraktikkan undang-undang dan peraturan pertandingan sebenar. Sebelum kem berakhir telah diadakan sesi maklum balas dan penerangan akhir oleh Fasilitator kem.

Diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kem latihan ini dan semoga atlet-atlet dapat mengutip ilmu dan pengalaman baru untuk dipraktikkan semasa latihan dan pertandingan.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Saturday, November 21, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 20 November 2015 (Jumaat)
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)
Masa m: 3.00 petang hingga 5.00 petang

KEHADIRAN
1. Mr. Ooi Thai Sheng (Setiausaha Kehormat KMPP)
2. Galina Nikolova Stefanova (Jurulatih MSNPP)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

LATIHAN
1.1. Warm up & stretching
2. Air Pistol Men
3. Cooling down

ULASAN RINGKAS
1. Setiausaha Kehormat Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP) iaitu Mr. Ooi Thai Sheng memaklumkan pembelian kertas sasaran dan peluru telah dilakukan oleh Pihak Kelab melalui peruntukan geran bantuan dari Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM). Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) mengeluarkan cek wang pendahuluan bagi proses pembelian tersebut.
2. Bantuan pembelian kertas sasaran dan peluru akan digunakan untuk latihan atlet-atlet di bawah Program Pelapis Negeri.
3. Pihak kelab juga menerima bantuan peralatan dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) iaitu Mesin Scatt untuk tujuan latihan atlet.
4. Seramai 8 orang atlet hadir pada sesi latihan pada petang ini. Latihan dikendalikan oleh JLN MSN Pulau Pinang iaitu Cik Galina.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Wednesday, November 18, 2015

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2015 BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tempat: Edu City Sports Complex Nusajaya, Johor Bahru
Tarikh: 13 hingga 14 November 2015
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Kejohanan Olahraga Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2015 berlansung dari 13 hingga 14 November 2015 di Edu City Sports Complex Nusajaya, Johor Bahru. Penyertaan atlet Pelapis Pulau Pinang pada kali ini menampilkan penyertaan seramai 24 orang terdiri daripada 11 orang atlet lelaki dan 13 orang atlet wanita dan seorang jurulatih bagi menyertai kejohanan ini.

Pasukan olahraga Pulau Pinang berjaya merangkul 5 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa dalam kejohanan kali ini. Juara keseluruhan bagi sukan olahraga dimenangi oleh pasukan Terengganu dan naib johan dimenangi oleh pasukan Johor manakala pasukan Pulau Pinang berjaya meraih tempat keempat. Berikut merupakan keputusan rasmi atlet Pelapis Pulau Pinang yang memenangi pingat pada kejohanan tersebut:

5 EMAS DISUMBANGKAN OLEH ACARA :-

Acara: Lompat Tinggi (Lelaki : 13-14 tahun)
1. (Pulau Pinang) Mohd Yasser B. Rosli - 1.68
2. (Terengganu) Ammar Qutbuddin - 1.68
3. (Johor) Wan Syazriel Zuhairi – 1.65

Acara: Lompat Tinggi (Wanita : 15-16 tahun)
1. (Pulau Pinang) Nuraisha Ismail – 1.50
2. (Kelantan) Nor Hidayah Husna – 1.28
3. (Terengganu) Nurul Fatehah Niza – 1.24

Acara: 800M (Wanita : 15-16 tahun)
1. (Pulau Pinang) Nur Aisyatul Azra - 2:47:49
2. (Selangor) Katrina Tan - 2:52:21
3. (Selangor) Cheong Hui Xin - 3:12:07

Acara: 1500M (Wanita : 15-16 tahun)
1. (Pulau Pinang) Nur Aisyatul Azra - 6:29:20
2. (Perak) Tai Xi Yuan - 7:17:16
3. (Kedah) Lim Jun Nee - 7:22:78

Acara: 800M (Lelaki : 15-16 tahun)
1. (Pulau Pinang) Ahmad Syawal Azahari – 2:09:30
2. (Perak) Conrad Law – 2:09:48
3. (Johor) Fadhli Fitri – 2:13:32

2 PERAK DISUMBANGKAN OLEH ACARA :-

Acara: Lompat Tinggi (Lelaki : 15-16 tahun)
1. (Johor) Nur Haleem Puad – 1.72
2. (Pulau Pinang) Mohamad Thabari – 1.68
3. (Perlis) Shahrul Amri Dahlan – 1.68

Acara: Lompat Jauh (Wanita: 15-16 tahun)
1. (Kelantan) Nasriana Nasir – 4.79
2. (Pulau Pinang) Nur Liyana Izzati – 4.58
3. (Perak) Tay Wan Ning – 4.42

2 GANGSA DISUMBANGKAN OLEH ACARA :-

Acara: 100M Larian Berpagar (Wanita: 15-16 tahun)
1. (Negeri Sembilan) Ain Nurhidayah – 16:80
2. (Johor) Siti Nurhaliza – 17:12
3. (Pulau Pinang) Nur Liyana Izzati - 17:68

Acara: 400M (Wanita: 15-16 tahun)
1. (W/Persekutuan) Nurul Yumy Shafikah – 65.54
2. (Kelantan) Nona Azama – 66.43
3. (Pulau Pinang) Nor Sahirah – 66.74

Sekalung ucapan tahniah kepada atlet-atlet Pelapis Pulau Pinang yang berjaya memenangi pingat pada temasya Kejohanan Olahraga Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2015, manakala yang tidak berjaya selamat berjuang untuk kejohanan yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2015 BAGI SUKAN TINJU

Tempat : A-Mart Kempas, Johor Bahru
Tarikh : 13 hingga 15 November 2015

Kejohanan tinju grand final berlansung selama 3 hari di A Mart Kempas Johor Darul Takzim. Hari pertama kejohanan melibatkan 12 bout utk kategori umur 13-14 tahun manakala 13 bout untuk umur 15-16 tahun. Petinju pulau pinang seramai 4 orang terlibat pada pusingan awal manakala seorang terus ke pusingan semi final.

Berikut disertakan keputusan hari pertama (13-14 Tahun)

Rassyamirul Hakim Muhd Fadzli (42kg)
Muhd Adli Bin Rasidi (33kg) 
Muhammad Adam Mohd Azizi (45kg)
Muhammad Zulhilmi Azhar (48kg) Tewas

Hari kedua kejohanan bermula pada jam 3 petang melibatkan 4 petinju Pulau Pinang di peringkat semi final. Daripada 4 petinju hanya seorang layak ke final yang akan berlangsung pada hari ahad.

Berikut disertakan keputusan pusingan separuh akhir (13-14 Tahun)

Rassyamirul Hakim Muhd Fadzli (42kg)
Muhd Adli Bin Rasidi (33kg) Tewas
Muhammad Adam Mohd Azizi (45kg) Tewas
Muhd Haziq Nazri (51) Tewas

Hari terakhir kejohanan melibatkan hanya seorang petinju Pulau Pinang iaitu Rassyamirul Hakim Muhd Fadzli menentang petinju kelantan dalam kategori 42 kg. Beliau tewas pada perlawanan berkenaan dan emas milik Terengganu. Secara keseluruhan Pulau Pinang yang hanya disertai 5 petinju memperoleh 1 perak & 3 gangsa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved