SESI "ICE BATH RECOVERY" BAGI ATLET SUKAN MEMANAH
Tarikh : 28 November 2013 (Khamis)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Jurulatih G.Shamani telah mengambil
inisiatif membawa atlet memanah mendapatkan khidmat kepakaran Institut Sukan
Negara (ISN) Pulau Pinang. Sesi recovery "Ice Bath" telah dipilih
memandangkan atlet-atlet terbabit baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Memanah
Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013.
Sebelum "ice bath" ini
dijalankan, atlet-atlet di arahkan untuk melakukan latihan di Gymnasium MSNPP.
Pada akhir sesi latihan, mereka di bawa untuk merasai rawatan pemulihan
"ice bath" tersebut. Sesi ini telah diselia oleh seorang pegawai
ISNPP iaitu Puan Mariani Binti Sanawi.
Diharap sesi seperti ini dapat memberi
kerehatan dan pemulihan (recovery) kepada atlet-atlet yang sentiasa menyertai
pertandingan dan menjalani rutin latihan harian.
Sekian, terima kasih
Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
0 comments:
Post a Comment