LAPORAN PERINGKAT HARI KEDUA PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN AKUATIK – RENANG.
Tarikh : 9 November
2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Chinese Swimming Club, Pulau Pinang
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Chinese Swimming Club, Pulau Pinang
Program pencarian
bakat baru (TID) sukan Akuatik - Renang Pelapis Negeri Pulau Pinang peringkat
terakhir telah dijalankan pada 9 November 2013 di Chinese Swimming Club, Pulau
Pinang. Seramai 100 orang telah hadir pada hari tersebut termasuk ibu, bapa dan
murid-murid yang terpilih pada peringkat pertama di beberapa buah sekolah yang
terlibat.
Program dimulakan
dengan jurulatih memberi taklimat berkenaan Sukan Akuatik - Renang kepada ibu
bapa. Selain itu, jurulatih juga menerangkan tentang waktu dan hari latihan
kepada kedua ibu bapa dan juga kepada murid-murid yang hadir. Seperti yang
telah dimaklumkan kepada murid-murid sebelum ini, jurulatih juga telah
memaklumkan kepada ibu bapa bahawa murid yang tidak pandai berenang juga
digalakkan menyertai program ini asalkan murid tersebut tidak takut untuk masuk
ke dalam kolam renang kerana jurulatih akan memberi latihan berenang kepada
murid yang terpilih.
Pada sesi taklimat
pada hari tersebut, jurulatih menerangkan murid-murid yang terpilih perlu
menjalani latihan percubaan selama dua minggu pada setiap hari sabtu dan ahad.
Latihan percubaan ini dijalankan kerana tidak semua murid-murid yang terpilih
pandai berenang dan jurulatih juga memerlukan masa untuk melatih murid-murid
tersebut dan juga memberi masa kepada murid-murid tersebut untuk menyesuaikan
diri dalam sukan ini.
Setelah jurulatih
selesai memberi taklimat, jurulatih telah mengedarkan surat kebenaran ibu, bapa
dan penjaga untuk di tandatangani bagi memberi kebenaran anak-anak mereka
menyertai program ini. Setelah jurulatih selesai mengedarkan surat tersebut,
kesemua murid-murid yang hadir pada hari tersebut sama ada yang pandai berenang
atau tidak pandai berenang perlu turun ke dalam kolam renang. Bagi yang belum
pandai berenang, mereka diarahkan untuk turun ke dalam kolam renang yang lebih
cetek. Sebelum murid-murid turun ke dalam kolam renang, jurulatih telah
memberikan penerangan tentang keselamatan yang perlu mereka patuhi dan kesemua
mereka dijaga dengan baik oleh jurulatih-jurulatih yang terlibat pada hari
tersebut.
Ibu bapa, murid-murid dan pihak
Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang (PASA) telah memberikan sepenuh kerjasama
dengan pihak kami dan program pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar
tanpa mengalami sebarang masalah.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan
0 comments:
Post a Comment