Tuesday, November 12, 2013

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA PAHANG KE-47 2013

Tarikh : 9 hingga 10 November 2013
Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang
Penyertaan : 20 Atlet 1 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Olahraga Pelapis Pulau Pinang telah menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang 10 November 2013. Ini merupakan Kejohanan kedua selepas pasukan Olahraga Pulau Pinang menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah. Atlet-atlet ini merupakan atlet yang baru 6 bulan menjalani latihan. Prestasi atlet dalam kejohanan ini amat memberansangkan. Kebanyakkan atlet menunjukkan peningkatan  dan memperbaik masa/ jarak peribadi dalam acara masing-masing pada kejohanan ini berbanding dengan kejohanan yang lepas.

Secara keseluruhanya, prestasi atlet Olahraga Pulau Pinang amat memuaskan. Adalah amat membanggakan kerana komitmen dan kesungguhan daripada atlet-atlet di bawah program USPTN Pulau Pinang sepanjang kejohanan berlangsung dapat memberi saingan kepada atlet senior walaupun kebanyakan atlet masih lagi junior.

sekian.

Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved