LAPORAN PROGRAM BENGKEL SAINS SUKAN (ASAS PEMAKANAN SUKAN & SUAIAN FIZIKAL)SUKAN BERBASIKAL PULAU PINANG 2013
Tarikh : 2
November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 2.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 8.00 am hingga 2.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
KEHADIRAN
1. Puan Mariani Binti
Sanawi - ISN PP
2. Puan Loo Lean Hiong
- ISN PP
3. En. Hamidi Bin
Lokman – PKU USPTNPP
4. En. Fazli Hisam Bin
Mohd Zainol Abidin - PPN Sukan Berbasikal
5. En. Zahari Bin
Tahir - JSM
6. En. Abdul Shukor
Bin Darus – JSM MSNPP
7. En. Munir Bin Ahmad
– Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang
8. Atlit - 15 orang
Pelapis dan Pembangunan
9. Ibu bapa - 2 orang
Pada 2 November 2013,
pihak USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama ISN Satelit Pulau Pinang telah mengadakan
bengkel Sains Sukan dengan tajuk "Suaian Fizikal" dan "Pemakanan
Sukan" khusus untuk atlit sukan berbasikal Pulau Pinang. Program ini
terbahagi kepada 2 bahagian dimana ia dimulakan dengan sesi Suaian Fizikal dan
diikuti Pemakanan Sukan.
Untuk bahagian
pertama, ISN melalui Puan Mariani telah menyampaikan tajuk "Strength &
Conditioning" khusus untuk sukan berbasikal. Di dalamnya diselitkan
maklumat-maklumat penting yang melibatkan sukan berbasikal seperti otot-otot
utama,sistem rangka,jenis latihan dan sedikit demonstrasi teknik melakukan
latihan bebanan yang betul. Slot ini diakhiri dengan kuiz dimana menguji sejauh
mana kefahaman atlit mengena sejarah latihan bebanan ,sistem otot
dan rangka manusia.
Bengkel diteruskan
dengan sesi pemakanan sukan yang disampaikan oleh Puan Loo Lean Hiong dari ISNPP.
Untuk slot yang pertama, beliau meyampaikan tajuk mengenai "DEHIDRATION" .Ia
amat bersesuaian kerana atlit sukan berbasikal amat mudah kehilangan air ketika
menjalani latihan dalam keadaan cuaca panas. Melalui slot ini, para atlit
diberitahu cara pengambilan air yang betul ketika latihan dan selepas latihan
demi menjaga prestasi semasa.Atlit juga diuji kadar air dalam badan melalui
ujian air kencing.Selain itu, beliau melakukan demonstrasi cara penyediaan "MINUMAN
SUKAN" dengan mencampurkan beberapa jenis bahan yang dibeli.
Ia amat bagus kerana, dengan cara ini, kita dapat mempelbagaikan minuman
tambahan atlit disamping dapat meminimumkan kos. Atlit juga turut diberi
peluang untuk melakukan demonstrasi.
Seterusnya, beliau
turut meyampaikan tajuk mengenai pemakanan sukan dimana para atlit diajar cara
mengambil makanan yang betul untuk menjaga berat badan yang sepatutnya. Turut
diadakan mini game" Piramid Makanan" yang
mana para atlit dikehendaki untuk melengkapkan Piramid makanan dengan
menggunakan gambar yang diberi mengikut kategori yang betul. Akhir sekali,
turut diadakan sesi soal jawab diantara atlit dan Puan Loo Lean Hiong. tidak
ketinggalan ibu bapa yang memenuhi program turut bertanya mengenai isu
pemakanan.
Kesimpulan daripada
program ini, atlit sedikit sebanyak dapat menambah ilmu sains sukan yang
sepatutnya ada pada diri seorang atlit dan cara mereka mengaplikasikan melaui
latihan yang mereka jalankan. Melalui program ini juga, kita telah mengenal
pasti atlit yang mengalami susut berat badan.Pihak ISN bersetuju untuk membantu
mereka yang terpilih ini dengan hadir secara peribadi untuk mengikuti program
khas.
Sekian,Terima Kasih
Laporan Disediakan
Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd
Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment