Saturday, November 30, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 29 November 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat Latihan Dewan Ria, Butterworth.

KEHADIRAN
1. Master Rajendran a/l Rajoo – JSM

ATLET
1. 3 orang atlet & 12 atlet pembangunan.

LATIHAN
1. Sesi pemanas badan.
3. Air Bag Kicking - 10 x 2 set.
4. Choping Kicking - 10 x 2 set.
5. Target Speed Kicking - 10 x 2 set.

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Sportexcel Junior & Senior Championship Grand Final 2013 pada 20 hingga 21 Disember 2013 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Hak milik kelab pensendirian.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan sesetengah atlet menghadapi peperiksaan SPM.
2. Jurulatih ada bertanya dan berbincang bersama saya yang menyatakan bahawa skuad Pelapis Perak ingin menjalani latihan "Sparring" bersama skuad Pelapis Pulau Pinang. Cadangan tarikh adalah pada 23 hingga 25 Disember 2013 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
3. Permohonan perbelanjaan untuk sesi latihan Sparring bersama akan dipohon dalam kadar segera kepada pihak Cawangan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 28 November 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang hingga 6.00 Petang
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Liu Shunan – JLN

Atlet
1. 7 Orang Atlet

Latihan
1. Balance Beam
2. Bar
3. Floor Exercise
4. Vault

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Akan menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik Siri 1/2013 yang akan diadakan pada 16 hingga 20 Disember 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Jurulatih Liu Shunan mengusulkan perlu penambahan seorang jurulatih wanita untuk mengajar atlet wanita tarian.

2. Jurulatih Liu Shunan dan ibu bapa atlet membawa atlet wanita menjalani latihan bersama-sama atlet gimnastik dari Majlis Sukan Negeri Perak di Gimnasium Gimnastik Taiping, Perak pada 29 November 2013 dan latihan dijalankan pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Latihan dijalankan di Gimnasium Gimnastik Taiping kerana disana ada jurulatih wanita yang dapat mengajar atlet wanita tarian dan juga rutin latihan yang lain.
3. Atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

SESI "ICE BATH RECOVERY" BAGI ATLET SUKAN MEMANAH

Tarikh : 28 November 2013 (Khamis)
Masa  : 4.30 Petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

Jurulatih G.Shamani telah mengambil inisiatif membawa atlet memanah mendapatkan khidmat kepakaran Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang. Sesi recovery "Ice Bath" telah dipilih memandangkan atlet-atlet terbabit baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013. 

Sebelum "ice bath" ini dijalankan, atlet-atlet di arahkan untuk melakukan latihan di Gymnasium MSNPP. Pada akhir sesi latihan, mereka di bawa untuk merasai rawatan pemulihan "ice bath" tersebut. Sesi ini telah diselia oleh seorang pegawai ISNPP iaitu Puan Mariani Binti Sanawi. 

Diharap sesi seperti ini dapat memberi kerehatan dan pemulihan (recovery) kepada atlet-atlet yang sentiasa menyertai pertandingan dan menjalani rutin latihan harian. 

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, November 28, 2013

2013 COMMONWEALTH WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIP & INAUGURAL WORLD MASTER CUP 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
Tarikh : 25 hingga 30 November 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam


Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2013 telah membuka tirai pertandingan secara rasmi bermula 25 November dan akan berakhir pada 30 November 2013. Kejohanan ini adalah anjuran Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan Persekutuan Angkat Berat Komanwel (CWF) telah melibatkan penyertaan peserta dalam dan luar negara seramai 400 peserta yang merangkumi 61 negara. Pada kejohanan kali ini sebanyak 18 kategori lelaki & wanita dipertandingkan dimana melibatkan kategori Senior, Junior, Youth dan Master.

Berikut jadual pertandingan sepanjang kejohanan ini berlangsung :-

Isnin - 25 November 2013
9.00 am - kategori 50 kg & 56 kg B (L)
10.30 am - kategori 35 to 44 kg Women Master
12.30 pm - kategori 45 to 54 kg Women Master
2.30 pm - kategori 55 to 74 kg Women Master
4.00 pm - kategori 70/74 - 75/79 Men Master
600 pm - kategori 56 kg A (L)

Selasa - 26 November 2013
9.00 am - kategori 62 kg B (L)
10.30 am - kategori 44 kg & 48 kg A (W)
1.00 pm - kategori 53 kg A (W)
3.30 pm - kategori 62 kg A (L)
6.00 pm - kategori 58 kg A (W)

Rabu - 27 November 2013
9.00 am - kategori 69 kg B (L)
10.30 am - kategori 60/64 - 65/69 Men Master
12.30 pm - kategori 50/54 - 55/59 Men Master
2.30 pm - kategori 45 to 49 kg Men Master
5.00 pm - kategori 69 kg A (L)

Khamis - 28 November 2013
9.00 am - kategori 77 kg B (L)
10.30 am - kategori 63 kg A (W)
1.00 pm - kategori 77 kg A (L)
3.30 pm - kategori 69 kg A (W)
6.30 pm - kategori 75 kg A (W)

Jumaat - 29 November 2013

9.00 am - kategori 85 kg B (L)
10.30 am - kategori 40 to 44 kg Men Master
12.30 pm - kategori 35 to 39 Men Master
2.30 pm - kategori 85 kg A (L)
5.00 pm - kategori 94 kg A (L)

Sabtu - 30 November 2013
10.00 am - kategori +75 kg A (W)
12.00 pm - kategori 105 kg A (L)
2.30 pm - kategori +105 kg A (L)

Kejohanan kali ini merupakan satu kejohanan penting dan bertaraf tinggi, oleh itu setiap peserta telah melakukan persiapan sejak awal lagi bagi memastikan atlet-atlet benar bersedia untuk beraksi.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 27 November 2013 (Rabu)
Masa : 5.40 pm
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Jurulatih : En. K.Mahalingam
2. Atlet : 6 Atlet

LATIHAN
1. Drill
2. Bounding
3. Teknik Walk

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Memaklumkan kepada jurulatih terdapat Pertandingan Zon Utara yang akan dianjurkan oleh USPTN Kedah pada bulan Disember 2013. 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
1. Program Pengenalan, Latihan dan Teknik di SMK Paya Keladi.(Spesifik)

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar dan menjalani bersama jurulatih dan atlet-atlet serantau.

2. Kehadiran atlet agak memuaskan.

3. Memaklumkan kepada Jurulatih berkaitan Program Binaan akan dijalankan selama 3 hari di SMK Paya Keladi pada 21 hingga 23 Disember 2013. Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak sekolah dan jurulatih yang terlibat. Program ini dijalankan dengan beberapa acara iaitu acara Hurdle, Lontaran dan Middle. Untuk acara Lontaran, pihak USPTNPP akan menjemput En. Zamsairon untuk memberi taklimat berkaitan dengan acara lontaran dan teknik-teknik lontaran dan acara middle akan di berikan oleh En. Nadri.

4. Untuk makluman, prgoram ini juga akan diselitkan dengan taklimat dari ISN berkaitan dengan Sains Sukan dan Pemakanan dalam sukan.

5. Hasil dari pemerhatian dibuat, kerjasama dari jurulatih Serantau dan jurulatih Pelapis Negeri amat baik dalam menjalani latihan. Atlet-atlet juga dapat menerima arahan dari jurulatih dengan baik.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Wednesday, November 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 26 November 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM

Atlet
1. 10 orang atlet.

Latihan
1. 10M Air Rifle Woman
2. 10M Air Pistol Men
3. 10M Air Pistol Woman
4. 50M Free Pistol Men

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Akan menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013 pada 17 hingga 21 Disember  di Melaka.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Perlu membeli jaket baru bagi acara Air Rifle kerana jaket yang sedia ada tidak mencukupi dan rosak.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Latihan tertumpu pada "grouping shots" dan "dry firing".
2. Lee Her Jun Jonathan memulakan latihan baru 50M Free Pistol dan beliau sudah menjalani latihan selama 7 hari.
3. Jurulatih Muhammad Ivarn Syazwan telah memilih 7 orang atlet baru dari Program Pencarian Bakat Talent ID (TID) iaitu 2 orang atlet lelaki berumur 15 tahun (Air Rifle dan Air Pistol) dan 5 orang atlet wanita yang berumur 16 tahun (3 Air Rifle dan 2 Air Pistol).
4. Kesemua atlet-atlet baru tersebut mula menjalani latihan bermula minggu ini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 26 November 2013 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Foong Kok Seng – JSM

Atlet
1. 5 orang atlet.

Latihan
1. Double Leg
2. Circle
3. Swing Leg
4. Rings
5. Kekuatan Fizikal
6. Floor Exercise

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Akan menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik Siri 1/2013 yang akan diadakan pada 16 hingga 20 Disember 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Kecederaan
1. Desmond Chung Chun Hao yang mengalami kecederaan kaki (kaki terseliuh) masih belum sembuh sepenuhnya.

Peralatan
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Atlet berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi kejohanan akan datang.
2. Jurulatih Foong Kok Seng juga memberitahu bumbung tempat latihan bocor dan apabila hujan, tempat latihan akan dimasuki air dan mattress akan basah.
3. Jurulatih Foong Kok Seng memaklumkan bahawa jadual latihan untuk atlet-atlet beliau berubah bermula musim cuti persekolahan.
4. Jurulatih Foong Kok Seng juga memaklumkan beliau akan bercuti pada 3 hingga 11 Disember 2013 dan selama beliau bercuti Jurulatih Zhang Jin Quan akan memantau dan menjaga atlet beliau serta latihan atlet juga akan diteruskan seperti biasa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Monday, November 25, 2013

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2013

Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN, Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 November 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 am - 12.30 pm

Pada hari terakhir kejohanan ini mempertandingkan Pusingan Olimpik Berpasukan (team event). 16 pasukan terbaik lelaki dan wanita layak beraksi dalam pusingan ini. Pasukan Pulau Pinang mempunyai 2 pasukan bagi kategori wanita iaitu Penang A yang diwakili oleh Syarfa Zulaikha, Siti Maisarah Azahari, dan Kayavhily Partiban. Penang B pula mempertaruhkan Amira Areena Amir, Hurunnain Abdul aziz dan Rebecca Wong Pei Ying. Manakala satu pasukan lelaki meneruskan cabaran melalui gandingan Mohd Iskandar Zulkarnain, Muhammad Faris Jamaluddin dan Quak Ting Sheng. Official sightest (latihan rasmi) telah bermula dari pada pukul 8.00 pagi. Pusingan 1/16 bermula tepat pada jam 9.00 pagi dan diteruskan sehingga pusingan akhir pada jam 12.00 tengahari. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Ab. Jalil Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN. 

Keputusan rasmi yang membabitkan atlet-atlet Pulau Pinang:

Recurve Lelaki Berpasukan:

Penang vs MAHA (167-201)  - 1/16

Recurve Wanita Berpasukan:

Penang A vs ARK B (150-166) - 1/16

Penang B vs Pahang (162-193) - 1/16

Pemenang Pingat 
(Atlet Pulau Pinang):

Syarfa Zulaikha Bt Shabudin
Emas (Jarak 40 meter, 30 meter, 60 meter dan Individu Keseluruhan)
- Gangsa (Pusingan Olimpik Individu)

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua  atlet-atlet yang telah mengharungi kejohanan pada kali ini. Syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang pingat dan kepada yang tidak berjaya diharap memperoleh pengalaman berharga dapat beraksi di peringkat Remaja Kebangsaan. Selamat maju jaya buat atlet memanah Pulau Pinang pada kejohanan akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
 

Read more...

Saturday, November 23, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2013

Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN, Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh : 22 November 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 am - 12.30 pm

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013 berlangsung dari 21 hingga 24 November 2013 di Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur. Pertandingan pada kali menampilkan penyertaan seramai 204 orang atlet dengan 122 atlet kategori lelaki dan 82 atlet bagi kategori wanita. Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar 16 orang atlet untuk kejohanan ini. Walau bagaimanapun, seorang atlet wanita iaitu Ezzati Wardina Bt. Murdi terpaksa menarik diri ekoran kecederaan.

Hari pertama kejohanan menyaksikan dua jarak dipertandingkan iaitu jarak 70 meter dan 60 meter (lelaki) manakala atlet-atlet wanita dengan jarak panahan 60 meter dan 50 meter. Pada hari kedua pula setiap pemanah meneruskan panahan bagi dua lagi jarak iaitu 50 meter dan 30 meter (lalaki) dan 40 meter dan 30 meter (wanita). 

Berikut merupakan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang:

RECURVE INDIVIDU (FITA)
Lelaki
1. Mohd Iskandar Zulkarnain (1169/11)
2. Muhammad Faris Jamaluddin (1164/12)
3. Quak Ting Sheng (1034/41)
4. Khor Gui Tang (1014/48)
5. Lim Kar Hoe (1008/55)
6. Jerome Ham Jia Hao (1000/58)
7. Dennis Koay Ting Fan (941/70)
8. Mohd Azfar Khairul Adnan (922/81)

Wanita

1. Syarfa Zulaikha Bt. Shabuddin (1273/1)
2. Siti Maisarah Azahari (1073/20)
3. Kayavhily Parthiban (1055/25)
4. Amira Areena Amir (1047/26)
5. Hurunnain Abd Aziz (1044/27)

Selamat berjuang buat atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang bagi acara Pusingan Olimpik Individu yang akan berlangsung pada hari ketiga (23 November 2013/Sabtu).

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, November 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 18 November 2013 (Isnin)
Masa : 4.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Jabatan Belia & Sukan (JBS) Batu Uban, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. JPM Jaffery Low Wei Loon
2. Atlet  - 14 Orang Atlet (11 Lelaki, 3 Wanita)

LATIHAN
1. Shooting – 50 meter & 30 meter
2. Shooting technique
3. Free Shooting
4. Equipment setting

UJIAN
Ujian 1RM Test dan Body Composition Accessment (BCA) akan diadakan pada 25 & 26 November 2013 di Gymnasium MSNPP, Batu Uban.

PERTANDINGAN
Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013 pada 20 hingga 24 November 2013 di Kompleks MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Sesi latihan bermula dari 4.00 petang hingga 7.00 petang di Jabatan Belia & Sukan (JBS), Batu Uban.
2. Seramai 4 orang atlet (2 lelaki, 2 wanita) memanah Pelapis Negeri Pulau Pinang terpilih menyertai Kem Bakat Sukan Memanah 2/2013 di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur. 

3. Pasukan Memanah Pulau Pinang akan menghantar atlet seramai 16 orang di Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013.
4. Jurulatih berpuas hati dengan kehadiran atlet pada kali ini.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved