PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING
Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 10.45 pagi hingga 4.45 petang
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Megamall Pinang
Kehadiran : 5 Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA.
Program : "Weekly Roll-Off" [Sesi Pagi : 11.00 pagi dan Sesi Petang : 2.00 petang]
Laporan ringkas :
Sesampai di Pusat Latihan mendapati atlet sedang menyediakan peralatan selepas menjalani latihan "warming-up". Program ini diadakan setiap minggu jika tidak jumlah penglibatan atlet dalam kejohanan tidak ramai dan program ini terbahagi kepada dua sesi. Setiap sesi atlet diminta untuk bermain sebanyak 6 permainan dan program ini bertujuan untuk menetapkan ranking atlet yang berada di Skuad Latihan Sukan Malaysia di Peringkat Negeri.
Seramai 5 atlet dari 12 Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia yang berlatih di Negeri Pulau Pinang. Mendapatkan makluman dari Atlet Amanda Khong yang dilantik sebagai Ketua untuk mengetuai atlet yang berlatih sepanjang ketiadaan Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP dan Penolong Jurulatih MSNPP yang masih bercuti. Atlet yang tidak hadir, 4 menyertai Kejohanan KL Open, 2 persediaan menghadapi peperiksaan SPM dan seorang cuti Hari
Deepavali.
Mendapati Timbalan Pengerusi Persatuan Tenpin Boiling Pulau Pinang, En. Larry Chelvan hadir memantau pada sesi yang pertama. Di akhir sesi pertama telah berjumpa dengan atlet dan Timbalan Pengerusi PTBPP membincangkan pencapian atlet sepanjang pemantauan disesi pertama dan perlu dibaiki semasa di sesi kedua nanti.
Terdapat sedikit peningkatan pencapian atlet di sesi kedua. Keseluruhan dari pemantauan mendapati masih perlu di perbaiki skill permainan atlet-atlet tersebut. Perkara ini akan dibawa perbincangan bersama Jurulatih Sepenoh Masa/Penolong Jurulatih Skuad Latihan SUKMA selepas kembali dari bercuti.
Selaku Penyelaras Sukan meneruskan pemantauan keatas atlet sehinggalah tamat program.
0 comments:
Post a Comment