Monday, November 21, 2011

LAPORAN RINGKAS PROGRAM PENGUMPULAN DATA PROJEK UJIAN KESAN GENETIK KE ATAS PRESTASI SUKAN - SIRI 1

Tarikh : 21 November 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Berbumbung, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Setelah bermesyuarat serta sesi taklimat bersama semua jurulatih serta pegawai-pegawai sukan yang terlibat pada 02 November lalu, hari ini merupakan hari pertama ujian saringan bagi pengumpulan data untuk projek Kesan Genetik Terhadap Prestasi Sukan yang diketuai oleh Dr. Ahmad Munir Che Muhammad, dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.

Antara atlet-atlet yang telah terpilih untuk mengikuti ujian saringan pertama untuk projek ini.

1. B. Perabagaran (Tinju)
2. Muhammad Adzha Md Isa (Tinju)
3. Rafa'el Mika'el Rahman (Tinju)
4. Thor Chee Yee - Karate (Kata)


Berikut adalah aktiviti yang dijalankan bagi tujuan ini;

1. Pendaftaran Peserta
- Kenalpasti susur galur genetik (3 generasi)
- Mengisi borang maklumat peribadi
- Mengisi borang kebenaran


2. Pengukuran berat badan, tinggi, BMI & lemak badan

3. Pengambilan sampel sel pipi atlet
- Peserta perlu membersihkan mulut terlebih dahulu
- 2 sampel akan diambil dari atlet


4. Ujian Kecergasan
- Yo-Yo intermittent test
- Hand & leg Dynamometer


Program pada hari ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan semua ujian dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan serta kerjasama dari pada jurulatih. Ujian saringan ke-2 untuk atlet-atlet ini akan dilakukan pada 23-12-2011 (Rabu) dimana atlet-atlet ini akan dibawa ke makmal di USM untuk ujian selanjutnya. Ujian saringan pertama untuk atlet Pelapis Serantau (Olahraga, Berbasikal) akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Sekian,




















































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved