Thursday, November 3, 2011

KEM LATIHAN MEMANAH - 1st Day

Program : Kem Latihan Memanah MSN Pulau Pinang
Tarikh : 2 - 4 November 2011
Tempat : MSN P.Pinang & PLN Batu Uban

Kem ini merupakan anjuran MSN Pulau Pinang dengan kerjasama USPTN Pulau Pinang dan ISN Pulau Pinang. Tujuan kem latihan ini diadakan adalah untuk mengumpul atlet supaya dapat berlatih bersama-sama. Selain itu,pengisian sains sukan diterapkan seperti sesi latihan fizikal, psikologi dan sesi rakaman video.

Jam 2 petang atlet mendaftarkan diri dan menginap di asrama (rumah panjang msn pulau pinang). Seramai 20 atlet mengambil bahagian dengan pecahan 2 acara iaitu recurve & compound. 10 lelaki (5 recurve / 5 compound) & 10 wanita (5 recurve / 5 compound). Sebanyak 3 jurulatih terlibat dalam program ini dan pemilihan atlet ke kem ini adalah hasil perbincangan bersama sdo.Selepas itu,satu taklimat ringkas telah diberikan.

Petang, atlet terus ke pusat latihan menjalani latihan dan sesi pertama rakaman video juga dijalankan. 2 sudut rakaman telah diambil iaitu dari sisi belakang & tepi pemanah. Sebentar tadi,hanya sempat menjalankan sesi kepada 7 pemanah sahaja. Ia akan disambung esok (pagi & petang).

Malam sesi atlet bersama Cik Diana (psikologi).Sesi ini dijalankan di bilik cemerlang dan JPM pula sedang meneliti rakaman video petang tadi di pejabat isn. Program hari ini selesai jam 11 malam. Sekian,terima kasih

Shasha Tarmuzi































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved