Friday, November 4, 2011

KEM LATIHAN MEMANAH - 2nd Day

Dihari ke-2 di sesi pagi diadakan perhimpunan pagi dengan menyanyikan lagu patriotik Negaraku dan Negeri Pulau Pinang. Selepas itu, aktiviti senamrobik telah dilakukan bersama-sama dengan penuh gembira setiap atlet.

Setelah aktiviti pagi selesai,program diteruskan dengan latihan seperti biasan dan sesi rakaman video kali ke-2 turut dijalankan iaitu atlet dibawah latihan jurulatih jaffery.Petang pula diadakan latihan fizikal. Latihan kali ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Latihan ini dijalankan di kawasan berbumbung di dewan silat kerana hujan lebat.

Dimaklumkan,seorang atlet compound telah dibawa ke klinik kerana mata terkena gam ketika hendak membuka tudung gam. Doktor telah memberi ubat sapu dan jika masih terasa pedih atau ada kompilasi pada mata,doktor sarankan pergi ke hospital.

Malam pula,telah diadakan tayangan video kepada atlet2. Kira2 jam 11.30 malam,atlet harus berada didalam bilik masing2.Sekian untuk laporan hari ini. TQ

Shasha Tarmuzi























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved