Monday, November 21, 2011

LATIHAN BERSAMA ATLET PELAPIS PERAK

Tarikh :17 – 18 November 2011
Tempat :PLN Gimnastik MSNPP

Pasukan Gimnastik Artistik Negeri Perak telah datang untuk mengadakan latihan bersama di Akademi Gimnastik MSNPP pada 17 dan 18 November 2011. Pasukan Perak datang seramai 14 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet wanita bersama 4 orang Jurualatih serta diiringi oleh PPN/SDO En. Shahdan Mohd Hashim.

Program latihan bersama adalah seperti masa yang diminta oleh Pasukan Perak iaitu 17 November 2011 pada pukul 2.00 hingga 6.00 petang dan Jumaat (18 November 2011) pula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Jurulatih En Liu Shiunan dan Puan Tan Ai Ling memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan latihan bersama ini. Manakala pasukan lelaki tidak dapat menyertai latihan bersama ini kerana jadual masa latihan yang berlainan.

Program seperti ini amat sesuai untuk jurulatih bertukar-tukar maklumat dan pengalaman untuk dikongsi oleh gimnas kedua-dua pasukan.

Laporan Oleh : Hamidi Lokman
































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved