SESI SPARRING ATLET PELAPIS TINJU PENANG & PERAK
Tarikh : 2hb April 2011 [Sabtu]
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 8 Pelapis Perak, 15 Pelapis Penang
Kehadiran Jurulatih Pegawai : En. Azmi Bin Sidik [Perak], JSM En. Zainuddin [Penang], JLN Pak Jhonny Kasiran [Penang], En. Zahrul Annuar [PPN Perak], Hj Ahmad Khosaini [Penyelaras MSNPP], Jurulatih ATM dan Cik Fatimah Jamil [PPN Penang]
Program tersebut diatas telah mendapat persetujuan dari Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Program bermula dari 1hb April 2011 dan selaku PPN Sukan Tinju telah berbincang dengan Penyelaras MSNPP untuk menempatkan atlet Pelapis Negeri dari PLN Titi Mukim bermalam di asrama MSNPP.
Program yang telah dijalankan pada 2hb April 2011 seperti berikut : Latihan Bersama : [9.30 pagi - 11.30 pagi] PPN tidak dapat bersama kerana memantau Program Ujian Kecergasan untuk Atlet Pelapis Negeri bagi Sukan Badminton yang berlatih di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam. Majlis Jamuan Makan Tengahari : [12.30 tengahari - 1.30 tengahari]
Setiausaha Kehormat Persatuan Tinju Negeri Pulau Pinang memaklumkan yang beliau tidak dapat bersama kerana menguruskan tugasan hakiki dan mengucapkan selamat menjalani Latihan Bersama dan Latihan Sparring dengan sempurna seperti yang dirancang.
Kehadiran En. Mohd Fadil [KUN USPTN] memeriahkan lagi majlis makan tengahari. Sebelum menjamu selera dengan juadah yang dihidangkan, program dimulakan dengan ucapan sepatah dua kata dari En. Mohd Fadil dan En. Hj Ahmad Khosaini [wakil MSNPP] dan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan doa makan oleh En. Hj Ahmad Khosaini, Aminnnn.
Latihan Sparring Peninju Perak dan Pulau Pinang : [3.00 petang - 6.00 petang] Berjaya menjalankan Latihan Sparring sebanyak 11 pasang peninju. Program berjalan dengan lancar dan di adili oleh Jurulatih dari ATM. Di akhir program Jurulatih Negeri Perak, Juralatih Negeri Pulau Pinang dan PPN Negeri Perak telah memberikan ucapan berupa kata-kata nasihat dan semangat kepada atlet-atlet dari kedua-dua negeri dan berharap ini bukan berakhir disini sahaja. Semuga program sebegini dapat di teruskan dari masa ke masa ke negeri lain pula.
Sebelum berangkat pulang, PPN Fatimah Jamil bagi pihak USPTN dan MSN Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan keluarga yang bersama memberikan sokongan untuk menjayakan program yang dirancang dan mengadakan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Program diakhir dengan salam-bersalaman antara atlet, jurulatih dan pegawai. "JUMPA DI KELANTAN.........."
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment